00:00Seorang pesara di Perak Tengah kerugian lebih RM237,000 selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafiz Zulhelmi Hamzah, mangsa lelaki berusia 63 tahun itu menerima panggilan daripada individu
00:17yang menyamar sebagai pegawai polis dan timbalan pendakwa raya.
00:21Mangsa diberitahu kononnya terlibat dalam satu kes penipuan pelaburan yang memerlukan siasatan pihak berkuasa.
00:28Akibat percaya dengan helah itu, mangsa memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang didakwa sebagai akaun selamat untuk tujuan pemeriksaan.
00:37Mangsa terus diarahkan menyerahkan kad ATM dan maklumat PIN kepada suspek.
00:42Selepas hampir sebulan, mangsa mendapati sejumlah RM237,135.15 telah dikeluarkan dari akaunnya tanpa kebenaran.
00:52Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan.
00:56Polis menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat peribadi atau perbankan dengan mana-mana pihak yang menghubungi menerusi telefon.