Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kegembiraan jelas terpancar apabila peserta program anak yatim Kembara Semenanjung berpeluang menaiki pesawat dan mencipta kenangan baharu bersama rakan-rakan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam pesawat, keterujaan jelas terpancar buat Muhammad Amirul Mukmin Tahir.
00:08Apabila impiannya untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kapal terbang akhirnya menjadi kenyataan.
00:14Muhammad Amirul Mukmin Tahir merupakan antara 149 peserta program menyentuhi anak-anak yatim kembara semenanjung dengan penerbangan.
00:23Sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor di Subang Sky Park pada Khamis.
00:29Lebih daripada sekadar sebuah penerbangan, perjalanan itu memberinya peluang berkenalan dengan rakan-rakan baharu.
00:35Sekaligus mencipta pengalaman yang disifatkannya sukar untuk dilupakan.
00:41Saya rasa best dan gembira kerana dapat teragang naik kapal terbang, dapat kawan baru, teronok dan pening sikit.
00:56Kegembiraan sama, terut dikongsi Adam Adelimi Haziq Abdumbah yang walaupun pernah menaiki pesawat sebelum ini,
01:03namun menyifatkan penerbangan kali ini lebih istimewa kerana dapat menikmatinya bersama rakan-rakan baharu.
01:10Malah pengalaman itu menjadi lebih bermakna apabila dia berpeluang bertemu Sultan Selangor secara bersemuka buat kali pertama.
01:18Ini bukan kali kedua lah. Sebelum ni naik pergi balik Indun lah.
01:23Balik Indun. Lepas tu bagi saya yang sepanjang dua flat saya naik ni, ni paling best.
01:28Sebab dapat ramai kawan, apa tu macam-macam perangai ada.
01:35Lepas tu pengalaman first time jumpa tuanku memang nervous.
01:40Lepas tu ketat sebelum ni tengok tuanku cuma dalam gambar, kat buku.
01:46Ni baru dapat tengok kali pertama dekat depan mata.
01:51Program berkenaan memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai pengalaman menaiki pesawat.
01:56Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idriss Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Nur Ashikin
02:03turut berkenan berangkat bercemal duri bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
02:08Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari.
02:11Terima kasih kerana menonton!
02:12Terima kasih kerana menonton!

Recommended