00:00Presiden Indonesia Prabowo Subianto melakukan rombakan kabinet melibatkan 18 pelantikan dan pertukaran jawatan termasuk beberapa portfolio kanan kerajaan serta kepimpinan
00:10tertinggi polis Republik Indonesia.
00:13Rombakan kali ketujuh sejak Prabowo memegang jawatan presiden itu berlangsung di Istana Negara Jakarta pada Khamis.
00:22Antara perubahan utama membabitkan Bahli Lahadalia yang dilantik sebagai Menteri Koordinator Bidang Hilirasi dan Transisi Energi, selain kekal menerajui Kementerian
00:32Energi dan Sumber Daya Mineral.
00:34Sugiyono pula beralih daripada Menteri Luar Negeri kepada Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, manakala portfolio Menteri Luar Negeri
00:43kini disandang diplomat kerjaya Almanata Nasir yang sebelum ini merupakan timbalan Menteri Luar Negeri.
00:50Pertukaran turut membabitkan jawatan Menteri Koordinator Bidang Politik dan Keamanan, Menteri Perindustrian serta Kepimpinan Tertinggi Polis Indonesia, selain beberapa jawatan
01:01kanan kerajaan yang lain.
01:03Perubahan dalam Kepimpinan Polis Indonesia menyaksikan jawatan Ketua Polis Negara atau Kapolri turut bertukar, manakala Ketua Staf Kepresidenan juga menerima
01:13penyandang baharu.
01:14Rombakan ini kurang tiga minggu selepas Prabowo melakukan perubahan kabinet pada 14 September lalu apabila suah hasil Nazara dilantik sebagai
01:23Menteri Kewangan menggantikan perubaya Yudi Sadewa.