00:00Thailand meningkatkan persediaan bagi menghadapi satu lagi episod hujan lebat yang diramal pada 4 hingga 5 Oktober ini.
00:08Perdana Menteri Anutin Chanviraku mengarahkan semua agensi menyelaras tindak balas kecemasan terutama bagi golongan rentan menerusi pendekatan kerajaan dengan slogan
00:18Tiada Siapa Tercicir.
00:21Selepas mesyuarat pusat operasi pencegahan dan mitigasi bencana kebangsaan pada Khamis, beliau turut mengarahkan penyelarasan rapi antara pihak berkuasa wilayah
00:31dan tentera dalam melaksanakan operasi tindak balas banjir.
00:35Jelasnya ini termasuk usaha pemindahan serta pemulihan pasca banjir.
00:40Anutin menekankan kepentingan menggunakan satu set maklumat yang seragam ketika berkomunikasi dengan orang ramai, khususnya mengenai paras air dan operasi
00:50sistem saliran.
00:51Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand, banjir masih melanda 29 wilayah dan beberapa kawasan di Bangkok dengan menjejaskan lebih
01:011.14 juta isi rumah.