Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sistem pencen di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pembaharuan diperlukan bagi memperkukuh liputan, kecukupan, ekuiti dan kelestarian pendapatan persaraan untuk tempoh hayat lebih panjang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sistem pencin di Malaysia perlu berkembang seiring dengan peningkatan jangka hayat dan perubahan corak pekerjaan bagi memastikan pendapatan persaraan kekal
00:11mencukupi.
00:12Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP Ahmad Zulkarnan On berkata, pembaharuan perlu ditumpukan kepada empat aspek utama iaitu
00:21memperluas liputan, meningkatkan kecukupan, memastikan ekuiti serta memperkukuh kelestarian pendapatan persaraan.
00:31Menurutnya, Malaysia juga perlu beralih daripada pendekatan menabung untuk persaraan kepada sistem yang dapat menjamin pendapatan seumur hidup.
00:40Dalam masa sama, jurang liputan perlu dirapatkan, khususnya dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, pekerja bergaji harian dan pekerja lebih
00:48berusia.
00:50Ahmad Zulkarnanin turut menekankan pembaharuan pasaran buruh bagi meningkatkan tahap gaji pekerja Malaysia.
00:56Selain memastikan pekerja warga emas kekal mempunyai peluang untuk aktif dalam ekonomi.
01:02Tegas beliau, cabaran penduduk yang semakin menua tidak boleh ditangani oleh kerajaan sahaja.
01:08Sebaliknya, memerlukan tanggungjawab bersama individu, keluarga, majikan dan komuniti.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended