00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjaya dalam permohonannya supaya 5 persoalan awal dalam saman sivil difailkan bekas pembantu penyelidiknya Yusuf Rota
00:11berhubung dawaan serangan pada 2018 diputuskan sebelum perbicaraan penuh.
00:16Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan berkata, persoalan utama yang perlu ditentukan terlebih dahulu ialah sama ada Yusuf berada
00:25di kediaman Anwar di Sekambut pada 2 Oktober 2018 sebelum serangan dan atau pencerobohan yang didakwa boleh berlaku.
00:33Dalam alasan penghakimannya, Raja Ahmad berkata, sama Yusuf akan berakhir sekiranya persoalan awal itu diputuskan memihak kepada Anwar.
00:43Manakala jika memihak kepada Yusuf, kes akan diteruskan keperbicaraan tetapi terhad kepada dawaan serangan dan atau pencerobohan terhadap dirinya.
00:53Bagaimanapun, hakim memutuskan persoalan itu tidak boleh ditentukan berdasarkan afidavid semata-mata.
00:59Sebaliknya perlu melalui perbicaraan dengan keterangan lisan dan saksi tertakluk kepada pemeriksaan balas.
01:06Yusuf memfalkan saman pada Julai 2021 dengan mendakwa Anwar menyerangnya di kediamannya pada 2 Oktober 2018 namun Anwar menafikan dawaan
01:17itu.
01:17Kes ditetapkan untuk pengurusan pada 5 November di hadapan hakim Baharu.