Skip to playerSkip to main content
Seorang penganggur dikenakan penjara tujuh tahun dengan tiga sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cubaan rompakan dengan menggunakan kapak di sebuah kedai jam, di George Town pada minggu lalu.

Ng Peng Kim, 43 membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798151/berita/semasa/penganggur-dipenjara-tujuh-tahun-cuba-rompak-kedai-jam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #rompak #mahkamah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penganggur dikenakan penjara tujuh tahun dengan tiga sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cubaan rompakan dengan menggunakan kapak di
00:10sebuah kedai jam di Georgetown pada minggu lalu.
00:14Eng Peng Kim, 43 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Erwan Swainbon di Mahkamah Session 2 selepas pertuduhan dibacakan
00:23terhadapnya.
00:24Erwan memerintahkan hukuman tersebut bermula dari Isnin selepas mengambil kira fakta kes, rayuan mitigasi Peng Kim serta hujahan pihak pendakwaan
00:34yang memohon hukuman lebih berat.
00:36Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
00:43Dia dituduh melakukan kesalahan itu di premis Ban Hinseng Watch Enterprise di Jalan Anson pada jam 4.38 petang, 21
00:52September lalu.
00:54Mengikut fakta kes, tertuduh telah masuk ke premis berkenaan sambil membawa senjata kapak lalu cuba merompak mangsa lalu berlaku pergelutan
01:03antara tertuduh dengan mangsa.
01:05Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kanan kerana terkena senjata iaitu kapak yang dibawa tertuduh.
01:13Tertuduh kemudiannya ditahan di sebuah kawasan pakeh di sebuah kediaman mewah di Tanjung Tokong sehari selepas kejadian.
01:21Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Lee Jong Kyung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Recommended