Skip to playerSkip to main content
CEO syarikat lombong emas, Ketua Penolong Pengarah JTU Sabah tidak mengaku salah rasuah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perlombongan emas dan seorang Ketua Penolong Pengarah jabatan kerajaan masing-masing tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin atas pertuduhan berkaitan rasuah.

Kedua-dua tertuduh, Chong Tze Khen, 69 tahun, dan Robert Robin Millip, 60 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Andi Razalijaya A Dadi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798155/berita/semasa/ceo-syarikat-lombong-emas-ketua-penolong-pengarah-jtu-sabah-tidak-mengaku-salah-rasuah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Perlombongan Emas dan seorang Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kerajaan
00:06masing-masing tidak mengaku bersalah di Mahkamah Session Kota Kinabalu pada Isnin atas pertuduhan berkaitan rasuah.
00:13Kedua-dua tertuduh, Chong Cheh Ken, 69 tahun dan Robert Robin Milip, 60 tahun,
00:20membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Andi Razali Jaya A. Dadi.
00:27Cheh Ken berdepan tiga pertuduhan memberi suapan dalam bentuk pinjaman tunai berjumlah keseluruhan RM18,000 kepada Robert
00:35yang ketika itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Galian Jabatan Tanah dan Ukur JTU Sabah
00:42bagi memudahkan operasi perlombongan emas syarikat berkenaan.
00:46Bagi pertuduhan pertama, Cheh Ken didakwa memberikan RM10,000 kepada Robert di sebuah restoran di Kota Kinabalu sekitar April 2024.
00:55Dia kemudian didakwa memberikan RM3,000 sekitar Oktober 2024 bagi pertuduhan kedua
01:02manakala pertuduhan ketiga membabitkan pemberian RM5,000 di sebuah kedai di Kota Kinabalu sekitar Oktober 2025.
01:11Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 17-A Akta SPRM 2009
01:17dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24-1 Akta Sama.
01:22Sementara itu, bagi pertuduhan pertama, Robert didakwa memperoleh suapan dalam bentuk pinjaman tunai berjumlah RM10,000
01:29daripada Cheh Ken sekitar April 2024 di sebuah restoran di Kota Kinabalu.
01:36Suapan itu didakwa sebagai upah bagi memudahkan operasi perlombongan emas syarikat berkenaan.
01:41Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, Robert didakwa memperoleh suapan dalam bentuk pinjaman tunai
01:47berjumlah RM3,000 dan RM5,000 daripada Cheh Ken.
01:52Mahkamah memutuskan kedua-dua tertuduh masing-masing membayar jaminan sebanyak RM8,000
01:57berserta dua penjamin tempatan.

Recommended