00:00Bekas pengarah besar Felda, Dato' Faizul Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Rabu
00:06atas satu pertuduhan memperdayakan lembaga pengarah agensi kerajaan itu berhubung pemberian kuasa kepada sebuah syarikat
00:14untuk menukar hak milik 16 tanah Felda pada 12 tahun lalu.
00:19Faizul, 66 tahun, yang memakai kemeja berwarna kelabu, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Husin.
00:28Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai pengarah besar Felda telah memperdayakan lembaga pengarah agensi berkenaan
00:34dengan menyembungikan fakta bahawa surat kuasa wakil bertarikh 3 Jun 2014 memberikan kuasa kepada syarikat Sinergy Prominid Sendirian Berhad
00:44untuk menukar hak milik tanah-tanah kepunyaan Felda.
00:47Ia membabitkan projek cadangan pembangunan Lot Felda di 16 tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
00:53Kesalahan itu mendorong lembaga pengarah Felda bersetuju dengan power of attorney tersebut
00:59menyebabkan tanah-tanah kepunyaan Felda ditukar hak milik kepada Sinergy Prominid KLVC Sendirian Berhad dan Sinergy Prominid.
01:07Sedangkan lembaga pengarah tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.
01:12Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga Menara Felda Persiaran KLCC di sini pada 2 September 2014.
01:20pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
01:24yang membawa hukuman penjara antara 1 hingga 10 tahun, sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
01:33Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 6 November depan.
Comments