00:00Seorang tukang masak restoran sushi dihadapkan ke mahkamah berasingan
00:03di atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan wang tunai RM19,361 Februari dan Julai lalu.
00:12Ong Kah Meng, 45 tahun bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan.
00:19Bagi pertuduhan di Mahkamah Session 2, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pecah amanah jenayah
00:24yang diamanahkan kepadanya iaitu wang tunai RM9,603.
00:30Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di restoran Wako Sushi Omakaseh di Gard Lebuh Aceh
00:35pada jam 3 petang, 24 Julai lalu.
00:38Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan
00:44bagi kedua-dua kes.
00:46Hakim Irwan Swainbon kemudiannya menetapkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.
00:52Sementara di Mahkamah Session 1, tertuduh didakwa melakukan tiga kesalahan sama
00:57dengan melibatkan wang RM9,758.
01:01Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa pecah amanah melibatkan wang RM1,601,
01:07RM7,057 dan RM1,100.
01:11Hakim Juraidah Abbas kemudiannya menetapkan jaminan RM15,000
01:15untuk ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
01:20Kesemu kes ditangguh sehingga 27 Oktober depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
01:29Terima kasih telah menonton!