Skip to playerSkip to main content
'Jangan label derhaka, biadab mendahului kefahaman' - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur pihak tertentu supaya tidak sewenang melabel 'derhaka' atau 'biadab' sebelum memahami mengenai institusi kesultanan, adat dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap kedudukan serta tanggungjawab institusi perlu diperhalusi sebelum sesuatu pertikaian dinilai.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797931/berita/semasa/krisis-negeri-sembilan-jangan-label-derhaka-biadab-mendahului-kefahaman---ahmad-zahid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #AhmadZahid #Kerajaan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kedudukan serta tanggungjawab setiap institusi perlu diperhalusi sebelum sesuatu pertikaian dinilai.
00:14Janganlah label, derhaka dan biadab mendahului kefahaman tentang duduk perkara.
00:32Tugas kepimpinan utama ialah menjernihkan kekusutan dengan ilmu dan kebijaksanaan.
00:44Sambil memelihara martabat institusi, bukan bercakap di atas kereta pi dan berbelasah.
00:58Tidak ada adab, tidak ada tamadun.
01:03Saudara-saudari, atas dasar ini jualah.
01:08Amno menjunjung institusi raja dan tertib perlembagaan.
01:19Termasuk kuasa pengampunan yang dipertuan agung dan raja-raja Melayu.
01:26Sebagai mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan,
01:33perbedaan politik tidak seharusnya menghakis adab terhadap institusi diraja.
01:42Penghormatan kepada perlembagaan mesti kekal wa'ima ketika sesuatu keputusan tidak menepati kehendak kita.
01:53Inilah, inilah pegangan yang mesti kita wariskan.
01:59Teguh mempertahankan prinsip,
02:02adil menghormati hak dan bijaksana mengurus perbedaan.
02:08Namun, kefahaman ini tidak tumbuh dengan sendirinya.
02:13Ia perlu dipupuk melalui pendidikan,
02:18diperkukuh dalam kehidupan bermasyarakat
02:21dan dicerminkan oleh kepimpinan.

Recommended