00:00Dan tidak dapat tidak kita perlu melihat kepada beberapa fakta dan juga hal berkaitan buli secara menyeluruh. Ini kami berikan
00:08dapatan dan juga fakta di mana pada Rabu lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Informasi Institusi Datuk
00:14Seri Azalina Osman Said dilaporkan berkata
00:16Tribunal Bagi Anti-Bully, TAB, telah menerima 55 aduan dengan 5 kes telah diputuskan menerusi award setakat selasa di mana
00:27antara award yang diberikan termasuklah permohonan maaf kepada mangsa, penyertaan dalam program kaunseling serta pembayaran ganti rugi sebanyak RM2,000
00:35dalam satu kes.
00:37Di mana sebenarnya kalau dalam hal ini, buli fizikal menjadi kategori yang paling banyak ada aduannya yang direkodkan oleh TAB
00:44di mana dengan 41 adalah aduan tertinggi yang melibatkan buli fizikal daripada 56 aduan yang diterima hingga Jumaat.
00:54Di mana Presiden TAB Nurul Husna Awang berkata, kes berkenaan merangkumi perbuatan fizikal yang menyakitkan. Ini ciri-ciri aduan fizikal
01:03yang dilaporkan antara ialah memukul, menolak, menendang atau merosakkan barang.
01:08Dan dalam tempoh yang sama, TAB menerima enam aduan membabitkan buli secara emosi dan juga psikologi. Ini berkaitan dengan ugutan,
01:20penghinaan atau tindakan yang menyebabkan seseorang berasa takut, malu atau tertekan.
01:27Lima aduan melibatkan kes buli lisan iaitu bahasa, iaitu perbuatan yang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan, ejikan atau ugutan atau
01:39nama panggilan yang melukakan hati. Ini aduan buli lisan.
01:43Dan dua aduan diterima melibatkan buli saiber iaitu lisan dan bahasa selain buli saiber iaitu sosial dan buli sosial dengan
01:51masing-masing satu aduan.
01:54Di mana kalau kita lihat, sebenarnya remaja yang berusia dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun, ini menjadi kelompok atau pengkumpulan
02:03paling ramai yang direkodkan sebagai mangsa sebanyak tempoh berkenaan.
02:07Sebanyak 35 kes di sini. Ini diikuti dengan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Bayangkan 7 hingga 12
02:17tahun ada kes aduan buli.
02:19Ini mencatatkan kes sebanyak 18 kes, manakala 3 lagi mangsa berusia bawah 7 tahun.
02:26Dari segi pecahan jantinannya pula, 33 daripada 56 mangsa adalah lelaki.
02:34Ya, 33 kes melibatkan mangsa lelaki dan berdasarkan kaum pula, 21 mangsa terdiri daripada kaum Cina, 24 terdiri daripada kaum
02:45Melayu dan 3 India.
02:46Dalam perkembangan yang sama, statistik merekodkan 86 responden melibatkan atau membabitkan 65 lelaki dan 21 perempuan.
02:55Dengan jumlah responden melebihi mangsa.
02:57Berikutan, terdapat kes yang melibatkan lebih daripada seorang pelaku.
03:02Tempoh yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu aduan di peringkat pendegaran adalah 60 hari.
03:06Dari tarikh permulaan pendengaran dan mungkin ini, tribunal ini adalah penting untuk memastikan tindakan buli diperhatikan, tindakan itu perlu dipertanggungjawabkan
03:16dan diambil kira.