Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Jamuan Rakyat, Datuk Siti Ashah Ghazali, menyifatkan keberangkatan tiba Sultan Kedah pada majlis memberikan erti yang sangat besar buat rakyat di negeri itu terutamanya penduduk di sekitar Jeniang, daerah Kuala Muda dan juga daerah Sik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Solusi Sultan Kedah, Sultan Salehudin Sultan Badli Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat
00:06sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 di Sekolah Kebangsaan Jeniang Pusat hari ini.
00:14Baginda yang tiba sekitar jam 11.30 pagi meluangkan masa hampir dua jam di majlis itu.
00:21Sultan Salehudin turut meluangkan masa beramah mesra dengan pengunjung yang hadir
00:25selain beberapa persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan turut dipersembahkan kepada baginda.
00:31Majlis itu juga turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohd Sanusi Mano
00:36dan Situsa Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Ghazali.
00:40Menerusi satu kenyataan, Pengurusi Jawatan Kuasa Kerja Majlis Jamuan Rakyat Datuk Siti Aisyah Ghazali
00:46menyifatkan keberangkatan tiba Sultan Kedah pada majlis berkenaan memberikan erti yang sangat besar buat rakyat di negeri itu
00:53terutamanya penduduk di sekitar jenian daerah Kuala Muda dan juga daerah Sik.
00:59Jelasnya, ianya juga menjadi lambang keakrapan dan kasih sayang yang tidak pernah terputus
01:04antara institusi kesultanan dengan rakyat negeri Kedah.
01:08Beliau turut menyatakan hubungan yang berteraskan kasih, hormat dan kesetiaan ini
01:12menjadi kekuatan penting dalam membina sebuah negeri yang aman, bersatu dan sejahtera.
01:17Majlis Jamuan Rakyat Berkenaan dihadiri lebih 5,000 pengunjung yang bukan sahaja dari kalangan penduduk setempat
01:24malah meliputi daerah-daerah lain di negeri Kedah.

Recommended