00:00Perdana Menteri Pakistan Syekh Bas Syarif menyifatkan tindakan dan campur tangan Presiden AS Donald Trump membantu mengelakkan konflik lebih besar
00:11melibatkan Pakistan dan India.
00:13Berucap pada Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB pada Jumaat, Syarif berkata, sekiranya Trump tidak campur tangan pada masa
00:23yang tepat dan secara tegas,
00:25Konflik berskala penuh akan antara kedua-dua negara boleh membawa kesan yang dahsyat.
00:31Pada Mei tahun lalu, India dan Pakistan bersetuju melaksanakan genjatan senjata selepas empat hari pertempuran ketenteraan sengit yang merupakan konflik
00:42terburuk antara kedua-dua negara dalam tempoh hampir tiga dekad.
00:46Genjatan senjata itu dicapai sesulan usaha diplomasi dan tekanan Washington.
00:51Dengan Trump sebelum ini menekankan peranannya dalam menggesa kedua-dua negara bersenjata nuklear itu, mengutamakan perdagangan berbanding konflik.
01:01Pada masa sama, Syarif turut menegaskan Pakistan terus komited terhadap keamanan di rantau Asia Selatan.
01:08Beliau juga menggesa sebarang pertikaian antara negara diselesaikan melalui dialog dan diplomasi.