Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Projek bernilai RM18.23 juta itu siap pada 30 April lalu dan merangkumi dua blok asrama dua tingkat serta pelbagai kemudahan berkaitan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kapasiti asrama sekolah menengah kebangsaan SMK Majakir di PAPAR meningkat kepada 300 pelajar berbanding 160 sebelum ini.
00:10Selepas siapnya blok asrama baharu bernilai 18.23 juta ringgit.
00:16Ahli Parlimen PAPAR Dato' Armizan Muhammad Ali berkata projek yang siap pada 30 April lalu merangkumi 2 blok asrama 2
00:24tingkat serta pelbagai kemudahan berkaitan.
00:27Armizan berkata penyerahan projek pembinaan blok baharu asrama sekolah itu manifestasi keperhatian kerajaan dalam menyediakan akses kepada kemudahan pendidikan yang
00:39lebih selesa, selamat dan kondusif.
00:42Sebelum ini asrama lama hanya mampu menempatkan 160 murid.
00:47Kapasiti yang terhad menyebabkan sebahagian permohonan terpaksa ditolak terutama dalam kalangan murid yang tinggal jauh dan memerlukan kemudahan penginapan.
00:57Blok baharu itu turut dilengkapi 2 rumah warden, domitri OKU, bilik isolasi, pejabat warden, gelanggang sukan serta dewan makan berkapasiti
01:07300 orang.
01:09Dengan penyediaan blok baharu, bangunan asrama lama akan dipertimbangkan untuk dikembalikan kepada fungsi asal sebagai bilik darjah, sekaligus menambah ruang
01:19pembelajaran yang lebih mencukupi dan kondusif.
01:22Terima kasih.
01:25Terima kasih.
01:26Terima kasih.
01:27Terima kasih.

Recommended