00:00Mungkin ramai antara kita tidak mengesai bahasa isyarat, namun itu tidak seharusnya menjadi tembok untuk berkomunikasi dengan komuniti pekak.
00:08Sepenuh sambutan minggu orang pekak antarabangsa, orang ramai diberi peluang mengenali dengan lebih dekat cara komuniti itu berkomunikasi, bekerja dan
00:17menjalani kehidupan seharian.
00:19Ikuti laporan wartawan Esrawani, PR Nadia, yang cuba memahami dunia sunni masyarakat pekak.
00:31Pernah tak kita terfikir bagaimana rasanya apabila kita cuba sampaikan sesuatu perkara tetapi orang di sekeliling kita tidak faham apa
00:41yang kita cuba sampaikan.
00:42Untuk komuniti orang pekak, ini bukan sesuatu yang asa.
00:46Mereka juga insan biasa yang ada cita-cita pandangan mereka. Adakah mereka rasa terpinggir dan adakah masyarakat yang meminggirkan mereka?
00:56Kami di pekak sebenarnya tak kira lah di Malaysia ataupun di seluruh dunia sebenarnya kami sebenarnya mempunyai hak yang sama
01:03rata dan kesama rataan bersama dengan warga yang bukan pekak.
01:07Apa yang kami harapkan untuk program hari ini juga membuka mata masyarakat umum mengenai hak kami, mengenai keperluan kami, komunikasi
01:15kami.
01:16Sebab kami pun tidak ingin bergantung semata-mata yang bantuan kerajaan tapi kami juga boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
01:23Namun, keterbatasan pendengaran bukanlah menjadi penghalang untuk mereka berdikari, terutamanya dalam dunia perniagaan.
01:32Bagi orang pekak, mereka juga seperti insan biasa. Ada perasaan yang perlu dijaga.
01:38Mereka juga menjalani hidup seperti bekerja dan berniaga untuk menyara hidup.
01:44Perasaan saya sebagai peniaga umpuk kak, agak sensitif lah, rasa terasa hati lah bila customer yang datang tu tidak memahami
01:54langsung bahasa isyarat walaupun mudah je nak order air ke.
01:58Itu saya harap, kalau boleh, biarlah ada sikit-sikit lah pemahaman bahasa isyarat untuk kami faham.
02:05Saya harap kepada semua kat luar sana, belajarlah bahasa isyarat walaupun sepatah kata terima kasih ke, Assalamualaikum ke, itu pun
02:18sudah cukup membahagiakan kami.
02:22Mula-mula memang saya rasa susah untuk berkomunikasi berdepan dengan orang hearing.
02:31Saya ada rasa gementar, takut juga, takut salah komunikasi, kesilapan. Tapi itu cabaran saya.
02:40Bila saya mula bisnes, saya ada banyak proses peningkatan berkomunikasi bersama keluarga, bukan pekak.
02:53Kalau tanya tentang saya isyarat habis, tak faham ke apa, saya akan terus tunjukkan kepada customer.
03:02Komunikasi tu saya akan cuba sebaik mungkin sehingga customer boleh faham.
03:06Kita mungkin tidak tahu bahasa isyarat, tapi itu tidak bermakna, kita tidak boleh berkomunikasi.
03:13Kadang-kadang, apa yang kita perlukan hanyalah kesediaan untuk mencuba dan saling memahami.
03:19Saya PN Nadia untuk Estra One.