00:00Mengulas perkara sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nensi Syukri berkata,
00:07formula berdasarkan nisbah 1 per 3 bagi perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat perlu diperincikan
00:14sebelum sebarang jumlah penambahan kerusi Parlimen ditentukan.
00:19Jelasnya isu berkenaan telah disuarakan beliau bersama beberapa pemimpin Sarawak, termasuk dalam Kabinet.
00:25Namun tumpuan sebelum ini lebih diberikan kepada kerusi Dewan Undangan Negeri DUN,
00:31Nensi yang juga Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB berkata,
00:38perbincangan lanjut mengenai perkara itu perlu dibuat antara Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Persekutuan
00:45bagi menentukan kaedah serta ukuran yang sesuai.
00:4911 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:54kerajaan pada prinsipnya bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak
01:00melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
01:08Beliau berkata, keputusan itu turut melibatkan pindaan perlembagaan
01:12bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
01:17Terima kasih kerana menonton!