Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Ia susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir, gangguan lalu lintas serta menjejaskan kehidupan harian penduduk di ibu negara Thailand itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesemua 50 daerah di Bangkok diisytiharkan sebagai zon bencana oleh pentadbiran metropolitan Bangkok BMA.
00:08Ia susulan hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir, gangguan lalu lintas serta menjejaskan kehidupan harian penduduk di ibu negara Thailand
00:16itu.
00:18Gubernur Bangkok Chat Chat Situ pun berkata, pengisytiharan itu diperluas daripada 3 daerah kepada kesemua 50 daerah bagi membolehkan agensi
00:28kerajaan, organisasi serta badan pentadbiran tempatan berkaitan melaksanakan tugas dengan pantas dan sistematik.
00:35Beliau memberi jaminan bahawa semua petugas sedang bekerja pada kapasiti penuh untuk mengalirkan keluar air banjir dan memulihkan karaan seperti
00:43biasa secepat mungkin.
00:44Sementara itu, Menteri Pertahanan Lieutenant General Adun Boon Tamcheron berkata, unit tentera di seluruh negara diarahkan menggerakkan sepenuhnya keupayaan masing
00:55-masing bagi membantu penduduk terjejas.
00:58Ujarnya ketika ini, lebih 10,000 anggota beroperasi sepanjang masa di beberapa kawasan kritikal di seluruh negara dengan sokongan lebih
01:06seribu trak dan kenderaan khusus.
01:08Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat hingga sangat lebat akan melanda beberapa kawasan di negara itu termasuk Bangkok
01:17dan wilayah sekitarnya sehingga Ahad.

Recommended