00:00Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Al-Zafni Ahmad memaklumkan, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan susulan kematian pelajar lelaki
00:09berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah.
00:13Menurutnya, kejadian yang mendatangkan kecederaan kepada mangsa itu berlaku kira-kira jam 8 malam 25 September.
00:20Mangsa dibawa ke hospital Kuala Pilah namun disahkan meninggal dunia.
00:24Susulan kejadian itu, polis menjalankan siasatan mengikut Session 302 Kanun Keseksaan dan menahan pelajar berusia 16 tahun berkenaan.
00:32Polis kini meneliti semua fakta dan bukti bagi mengenalpasti punca serta motif sebenar kejadian.
00:39Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana boleh menjejaskan siasatan dan privasi keluarga
00:48pelajar terbabit.
00:48mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan.