Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
Anwar berkata pendirian itu jelas dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan Bumiputera.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Madani tetap mengutamakan kepentingan Bumi Putra sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan negara.
00:06Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian itu jelas dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan
00:14Bumi Putra.
00:17Beliau berkata perkara itu turut dapat dilihat menerusi peruntukan pembangunan dan pengurusan UITM.
00:22apabila kerajaan memperuntukkan 3.08 bilion ringgit bagi 2026 meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan berbanding kurang 2 bilion ringgit ketika
00:34pentadbiran sebelum ini.
00:37Dalam soal agenda Bumi Putra, yang kita dengar dalam sipansio politik, masuk kadang-kadang di sini selit-selit,
00:47seolah-olah kita pinggirkan. Saya nak berikan angka.
00:53Saudara, Malaysia ini tertegak dengan satu sistem dan perlembagaan yang jelas.
01:01Siapa pun jadi pemimpin, apalagi dalam kajian Madani, tidak boleh merombak dan merongkai prinsip asas perlembagaan negara kita.
01:16Cara menyampaikan, cara memahami, tentu ikut juga zaman.
01:21Bagaimanapun katanya, penekanan terhadap agenda Bumi Putra perlu disertai pengurusan dana yang berintegriti
01:27bagi memastikan setiap peruntukan kerajaan digunakan dengan sebaiknya.
01:32Beliau berkata kerajaan juga akan menilai prestasi dan peranan agensi Bumi Putra termasuk UITM
01:38bagi memastikan institusi berkenaan terus diperkasakan.
01:42Beliau berkata demikian dalam ucap tama himpunan mesra alumni Universiti Teknologi Mara UITM pada Sabtu.
01:48Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan kampus UITM Jalan Osman Petaling Jaya
01:53kini akan dikenali sebagai UITM Kampus Tun Arsyad Ayub
01:57sebagai mengenang jasa tokoh pendidikan itu
02:00dengan RM2.5 juta diluluskan untuk kampus berkenaan.
Comments

Recommended