Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan perlu merangka belanjawan berdasarkan realiti ekonomi isi rumah dengan memberi tumpuan kepada pendapatan boleh guna, kuasa beli, kemampuan memiliki rumah dan kualiti pekerjaan, bukan sekadar angka pertumbuhan ekonomi di peringkat makro.
Transcript
00:00Kerajaan perlu melihat semula pendekatan dalam rangka belanjawan dan dasar ekonomi dengan memberi tumpuan kepada realiti sebenar yang dirasai isi
00:08rumah, bukan sekadar pencapaian angka pertubuhan ekonomi di peringkat makro.
00:14Prof. D. Uthman Yob Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia UUM, Prof. Hassan Abu Bakar berkata,
00:22antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan indikator yang lebih tepat dalam mengukur kedudukan pendapatan sebenar rakyat.
00:30Menurutnya, penilaian tidak seharusnya hanya berdasarkan gaji nominal, sebaliknya perlu mengambil kira pendapatan boleh guna selepas potongan seperti caruman kumpulan
00:39wang simpanan pekerja KWSP, cukai, komitmen hutang dan peningkatan kos secara hidup.
00:45Sekali, kena melihat pada pendekatan pendapatan boleh guna yang mengukur kepada selepas kita tolak cukai caruman wajib, KWSP, sokso dan
01:01juga pembayaran asas yang saya sebutkan, empat asas tadi itu,
01:05at the end, apa gaji sebenar yang dibawa oleh rakyat?
01:11So, ini yang kena kita lihat semula.
01:19Pertumbuhan gaji sebenar ini mestilah mencerminkan antara kadar inflasi, ini kan kos secara hidup, domestik dan juga dari segi gaji
01:34akhir yang dibawa oleh rakyat.
01:36Pada masa sama, ukuran kejayaan ekonomi perlu bergerak kepada indikator yang lebih dekat dengan kehidupan seharian, termasuk kemampuan memiliki rumah,
01:45peluang memperoleh pekerjaan berkemahiran tinggi dan mobiliti pendapatan.
01:49Menurutnya, dasar ekonomi juga perlu beralih daripada kebergantungan terhadap subsidi semata-mata kepada pendekatan berasaskan insentif yang mampu meningkatkan produktiviti
01:59dan seterusnya pendapatan rakyat.
02:01Kualiti pekerjaan turut perlu diberikan perhatian dan tidak hanya tertumpu kepada jumlah pekerjaan yang berjaya diwujudkan.
02:10Justeru faktor seperti guna tenaga tidak penuh, perkembangan ekonomi gig, tahap kemahiran, gaji serta produktiviti pekerja perlu menjadi sebahagian daripada
02:19ukuran prestasi pasaran buruh.
02:21Beliau berkata realiti ekonomi pada peringkat isi rumah perlu menjadi antara pertimbangan utama kerajaan kerana pertumbuhan ekonomi hanya memberi makna
02:30sekiranya ia diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, pekerjaan berkualiti dan kuasa beli yang lebih kukuh.
02:38Terima kasih telah menonton!

Recommended