00:00Seterusnya, Jabatan Pengurutan Jalan JPJ menafikan satu hantaran tular di Facebook yang mendakwa agensi itu mencadangkan pemberian lesen memandu kepada
00:08etnik Rohingya.
00:09Menurut JPJ, kandungan yang disiarkan menerusi sebuah akun Facebook itu bukan kenyataan rasmi daripada jabatan itu.
00:18JPJ berkata pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang menggunakan nama, identiti atau imej jabatan bagi menghasilkan dan menyebarkan
00:26kandungan yang boleh mengelirukan masyarakat.
00:28Sesulan itu, JPJ telah membuat laporan kepada Suranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil.
00:37Menurut JPJ, penyebaran maklumat tidak benar seumpama itu boleh menjejaskan kredibiliti agensi kerajaan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
00:46Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
00:53Sebaliknya, masyarakat digesa perujuk saluran rasmi JPJ bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.