00:00Tiga lelaki warga asing yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kes pembunuhan
00:09seorang lelaki tempatan di kampung Kucai, Ipoh pada 18 September lalu.
00:14Ketua Polis Daerah Ipoh, HCP Muhammad Najib Hamzah berkata ketiga-tiga suspek berumur antara 17 hingga 20 tahun itu ditahan
00:22di pangsapuri penginapan mereka pagi Rabu.
00:26Beliau dalam satu kenyataan berkata mangsa berusia 53 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan lapang oleh orang awam dalam
00:34keadaan terbaring dengan kecederaan pada muka.
00:38Mangsa dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia pada petang selasa.
00:46Hasil berdah siasat mendapati punca kematian ialah kecederaan trauma tumpul pada kepala.
00:52Motif kejadian dan hubungan mangsa dengan suspek masih dalam siasatan.
00:57Kis disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.