Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Daratan baharu seluas kira-kira 30.3 hektar muncul berhampiran Gunung Anak Krakatau di Lampung Selatan, Indonesia, sekali gus mencetuskan spekulasi ia mungkin menjadi permulaan kepada pembentukan gunung berapi baharu atau ‘cucu Krakatau’.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Daratan baru seluas kira-kira 30.3 hektare muncul berhampiran Gunung Anak Krakatau di Lampung Selatan Indonesia sekaligus mencetuskan spekulasi
00:09ia mungkin menjadi pemulaan kepada pembentukan Gunung Berapi Baru atau Cucu Krakatau.
00:16Daratan tersebut terletak di antara Pulau Gunung Anak Krakatau dan Pulau Sertung dan dipercayai terbentuk hasil pengumpulan material volkanik daripada
00:27aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau.
00:31Ketua Puspermantauan Gunung Anak Krakatau di Desa Hargo, Pancuran, Suwarno mengesahkan kewujudan daratan berkenaan.
00:38Menurutnya daratan itu tidak terbentuk secara tiba-tiba selepas letusan terbaharu sebaliknya hasil material volkanik yang terkumpul ketika aktiviti Anak
00:47Krakatau meningkat.
00:49Material tersebut mula kelihatan susulan peningkatan aktiviti Gunung Berapi itu selepas statusnya dinaikkan kepada tahap 3 siaga pada 2 Julai
00:57lalu.
00:57Suwarno berkata daratan tersebut berada dalam pemantauan petugas dan masih terletak di sekitar kompleks Gunung Anak Krakatau serta Pulau Sertung.
01:07Kemunculannya kemudian mencetuskan spekulasi dalam kalangan masyarakat bahawa kawasan berkenaan mungkin menjadi titik permulaan pembentukan Gunung Berapi Baharu yang digelar
01:16Cucu Krakatau.
01:17Bagaimanapun, Suwarno menegaskan belum ada asas untuk membuat kesimpulan sedemikian.
01:23Beliau menjelaskan Gunung Anak Krakatau mempunyai sistem saluran magma di bawah permukaan dan magma secara semula jadi akan mencari rekahan
01:31yang lebih mudah untuk keluar.
01:33Namun, kemunculan daratan baharu itu tidak semestinya menunjukkan terdapat saluran magma baharu di lokasi berkenaan.
01:41Setakat ini, pihak berkuasa juga belum mengetahui sama ada terdapat pergerakan magma menuju ke kawasan daratan tersebut atau kemungkinan ia
01:48menjadi pusat letusan baharu.
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended