00:00Kes saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim
00:05selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
00:09Ahli Parlimen PAS itu menarik balik segala kenyataannya pada atau sekitar 21 Februari pada tahun 2023
00:15yang menjadi asas kepada saman itu.
00:18Beliau turut bersetuju tidak mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan sama
00:22atau yang membawa maksud serupa pada masa depan.
00:27Peguam Anwar Datuk S.N. Nair memaklumkan kepada Hakim Roslan Makno bahawa
00:32kedua-dua pihak bersetuju dengan terma penyelesaian.
00:35Anwar kemudian menarik balik saman tersebut tanpa perintah mengenai kos
00:39dan tanpa kebebasan untuk menfaikannya semula.
00:43Mahkamah membatalkan kes itu dan melapangkan tarikh perbicaraan yang sebelum ini
00:47ditetapkan pada 26 hingga 29 Oktober.
00:52Menurut kenyataan awam yang dipersetujui bersama,
00:54kedua-dua pihak mahu menamatkan pertikaian itu secara muktamat
00:58dengan mengambil kira kos litigasi serta perkara lebih penting
01:01demi rakyat dan negara.
01:04Anwar menfaikan saman pada Mac 2023 sesulan kenyataan awam
01:08Solahuddin di lobi Parlimen sebulan sebelum itu.
01:12Anwar mendakwa kenyataan berkenaan membawa maksud beliau
01:15menyalahgunakan kuasa untuk mencampuri urusan agensi pengatkuasaan
01:19dan pendakwaan.
Comments