Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Bagaimanapun, kenaikan harga dijangka dibatasi oleh paras inventori minyak sawit Malaysia yang masih tinggi. Stok minyak sawit negara pada Ogos mencecah 2.8 juta tan, antara paras tertinggi direkodkan tahun ini.
Transcript
00:00Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah MSM di Busa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada paras lebih tinggi minggu ini.
00:08Disokong oleh jangkaan pengukuhan harga minyak mentah susulan ketegangan geopolitik yang masih berlarutan di Asia Barat.
00:15Perdagang kanan minyak sawit Interbank Group of Companies Jim Teh berpandangan pasaran MSM terus bergerak seiring pergerakan harga tenaga global.
00:25Peningkatan harga minyak mentah berpotensi memberikan sokongan kepada harga minyak sawit.
00:30Dengan julat dagangan kontrak niaga hadapan MSM dijangka berada antara RM4,500 hingga RM4,600 setan metrik minggu ini.
00:40Bagaimanapun, kenaikan harga dijangka dibatasi oleh paras inventori minyak sawit Malaysia yang masih tinggi.
00:45Stok minyak sawit negara pada Ogos mencecah 28 juta tan antara paras tertinggi direkodkan tahun ini.
00:53Dari sudut permintaan, pembelian fizikal dijangka terus dipacu negara pengimport utama seperti India, Pakistan, China, negara-negara Asia Barat dan
01:03Kesatuan Eropah.
01:04Permintaan turut dijangka datang dari AS walaupun dalam jumlah yang lebih kecil.
01:10Sementara itu, pedagang proprietori Iceberg X dan Berhad David Ng menjangkakan pasaran bergerak mendatar minggu ini berikutan ketiadaan petunjuk jelas
01:20yang mampu menentukan hala tujuh pasaran.
01:22Menurutnya, kekurangan pemangkin baru dijangka menyebabkan peserta pasaran mengambil pendekatan berhati-hati sekaligus menghadkan pergerakan harga yang ketara.
01:31Bila mengunjurkan harga MSM didagangkan dalam lingkungan RM4,850 hingga RM5,000 setan metrik.
01:40Dalam tempoh sama, jumlah dagangan mingguan menurun kepada 561,289 lot berbanding 875,237 lot pada minggu sebelumnya.
01:51Kepentingan terbuka turut berkurangan kepada 339,025 kontrak daripada 349,906 kontrak.
Comments

Recommended