Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Harga minyak yang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik boleh mengekalkan jangkaan inflasi pada paras tinggi manakala perubahan jangkaan kadar faedah AS mungkin terus mempengaruhi hasil bon global, dolar AS dan aliran dana pasaran sedang pesat membangun.
Transcript
00:00Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan secara berhati-hati minggu ini apabila pelabur menilai kesan keputusan dasar monoteri terkini Amerika Syarikat,
00:08perkembangan geopolitik di Asia Barat serta pergerakan harga minyak dunia.
00:12Menurut pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA sedang berhad, Mohd Siddiq Jantan, harga minyak yang kekal tinggi bersama ketidaktentuan
00:20geopolitik berpotensi mengekalkan tekanan inflasi pada paras yang tinggi.
00:28Bila berkata perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat turut dijangka mempengaruhi hasil bond global, kekuatan dolar Amerika serta aliran dana
00:37ke pasaran sedang pesat membangun.
00:39Dalam keadaan itu, pelabur dijangka terus mengambil pendekatan defensif dengan memberi tumpuan kepada sektor yang menawarkan pendapatan lebih stabil serta
00:48mempunyai pendedahan kepada pasaran domestik dan komuniti.
00:51Katanya, ciri defensif pasaran tempatan juga memberikan sedikit perlindungan daripada tekanan yang dihadapi pasaran serantau, khususnya yang mempunyai pemberat tinggi
01:02dalam sektor teknologi.
01:04Sementara itu, naik Presiden Pengindikan Ikuiti Rakutan Trades yang berhad, Tong Pak Leng menjangkakan pasaran saham tempatan kekal dalam fasa
01:11pengukuhan minggu ini.
01:12Menurut beliau, peluang lantunan teknikal masih wujud sekiranya harga minyak dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat terus menurun.
01:21Beliau berpandangan pembetulan pasaran yang berlaku sebelum ini telah menjadikan penilaian saham lebih menarik,
01:27sekaligus membuka ruang kepada institusi tempatan dan pemburu nilai untuk kembali mengumpul saham mewah terpilih secara beransur-ansur.
01:35Bagaimanapun, momentum kenaikan dijangka terus dibatasi oleh jualan berterusan pelabur asing, pengukuhan dolar Amerika serta jangkaan pengetatan dasar moneteri yang
01:45berterusan di Amerika Syarikat.
01:47Subungan itu, FBM-KLCI dijangka bergerak dalam jualan antara 1650 hingga 1680 minggu ini dengan paras 1675 sehingga 1680 mata
02:00perlu ditebusi bagi memulihkan momentum kenaikan yang lebih kukuh.
02:04Bagi prestasi minggu lalu, FBM-KLCI ditutup 21.18 mata lebih rendah kepada 1665.56 mata berbanding 1686.74 mata
02:16pada minggu sebelumnya.
02:18Dari segi sektor, indeks tenaga dan peladangan mencatat kenaikan, manakala indeks produk dan perkhidmatan perindustrian serta perkhidmatan kewangan merekodkan penurunan.
Comments

Recommended