Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
MYFEST 2026 di Warsaw menarik ratusan pengunjung menerusi makanan, seni, permainan tradisional dan persembahan budaya, sekali gus memperkenalkan kepelbagaian warisan Malaysia kepada masyarakat Poland.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Satusan rakyat Malaysia, masyarakat Poland dan komuniti antarabangsa menyertai Malaysian Cultural Festival MyFest 2006 di Ghanipap, Warsaw, Poland sebagai sambutan
00:11berganda Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia minggu lalu.
00:15Antara lain ia diadakan dalam usaha memperkenalkan kepelbagaian makanan, budaya dan tradisi Malaysia kepada masyarakat tempatan.
00:26Dianjurkan Malaysian Association in Poland, MyPool, dengan sokongan kedutaan besar Malaysia di Warsaw.
00:33Festival bertemakan taste, culture and tradition itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia ke Poland, Datuk Azri Mat Yaakob dan beberapa
00:41pegawai kedutaan.
00:42Dalam ucapannya, Azri berkongsi mengenai jalinan hubungan Malaysia-Poland, khususnya dalam bidang perdagangan.
00:48Selain kepentingan memperkenalkan Malaysia dengan lebih meluas kepada masyarakat Poland, sebagai destinasi pelancongan dan negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
00:58Bagi Presiden MyPool, Muhammad Faid Shahmi, sambutan terhadap festival itu jauh mengatasi jangkaan, terutama apabila MyPool baru ditubuhkan pada awal
01:06tahun ini dan persiapan MyFest pula hanya mengambil masa kira-kira dua bulan.
01:10Manakala Naib Presiden MyPool, Muhammad Najmi Kamarudin pula menekankan peranan MyFest dalam mengeratkan hubungan komuniti Malaysia di Poland, disamping memperkenalkan
01:20budaya, tradisi dan warisan negara melalui makanan, permainan tradisional, seni dan kraft.
01:26Beliau turut menarik perhatian penganjuran MyFest 2026, bertepatan dengan Visit Malaysia 2026 serta sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
01:35Antara tarikan utama festival ialah hidangan identiti Malaysia termasuk Nasi Lemak, Rosjanai dan Teh Tarik.
01:41Turut mencuri perhatian, persembahan silat oleh Muhammad Nazarullah bin Muhammad Syafawi, aktiviti mewarna batik serta permainan tradisional seperti congkak, batu
01:50seremban dan cepir.
01:51Festival itu turut menampilkan kuis bertemakan Malaysia bagi kategori antarabangsa dan kategori rakyat Malaysia.
01:57Mereka yang hadir juga mengenakan pakaian tradisional, manakala beberapa pengunjung antarabangsa turut mengambil peluang mengenakan putana tradisional Malaysia.
02:06Ditubuhkan pada awal 2026, MyPol kini mempunyai 8 anggota jatuhan kuasa dan turut membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia
02:14untuk menyertai usaha memperkukuh komuniti Malaysia di Poland.
02:18Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended