Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Rangkuman korporat hari ini menyoroti langkah pengembangan tiga syarikat utama, dengan IOI Properties melengkapkan pengambilalihan Asia Square Tower 2 di Singapura bernilai RM7.95 bilion, Sunway Healthcare melabur RM800 juta membangunkan hospital baharu di Iskandar Puteri, manakala PETRONAS memperkukuh portfolio LNG menerusi tambahan kapasiti dua juta tan dari Sabah bagi memenuhi permintaan Asia.
Transcript
00:00IOI Properties Group Berhad melengkapkan pengambil alihan pemilikan tidak langsung Asia Square Tower 2 di Singapura melibatkan nilai keseluruhan 2
00:09.47 bilion dolar Singapura atau kira-kira 7.95 bilion ringgit sekaligus memperkukuh portfolio hartanah komersialnya di negara itu.
00:20Menurut makluman kepada berusaha Malaysia penyelesaian transaksi itu dibuat selepas pembayaran harga pembelian sebanyak $1.196704 bilion dolar Singapura serta
00:33pembayaran balik pinjaman pemegang saham berjumlah $1.277504 bilion dolar Singapura.
00:41Pengambil alihan itu dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuh kumpulan IOI Marina View Private Limited yang mengambil alih keseluruhan modal
00:51saham diterbitkan MVKIMI BVI Limited.
00:56IOI Properties melaksanakan pilihan belinya pada 2 September selepas semua syarat terdahulu di bawah perjanjian opsion jual dan beli dipenuhi.
01:06Dengan perjanjian jual beli dianggap dimeterai pada tarikh sama. Transaksi itu pertama kali diumumkan pada April lalu dengan nilai hartanah
01:13dipersetujui sebanyak $2.476 bilion dolar Singapura yang dirundingkan atas prinsip pembeli dan penjual bersedia.
01:25Sunway Healthcare Group SHG memperkukuh kehadirannya di Johor menerusi pelaburan RM800 juta untuk membangunkan Sunway Medical Center Iskandar Puteri Hospital
01:37Terseri pelbagai disiplin dengan kapasiti lebih 400 katil yang disasarkan siap pada 2030.
01:44Hospital itu merupakan kemudahan perubatan pertama kumpulan berkenaan di Selatan Malaysia dan dijangka memperluas akses kepada rawatan pakar berteknologi tinggi
01:53selain menyokong aspirasi Johor sebagai destinasi penjagaan kesihatan dan pelancongan perubatan serantau.
02:00Terletak di Sunway City Iskandar Puteri, hospital berkenaan akan menawarkan kepakaran termasuk kardiovaskular, onkologi, neurosains, gastroenterologi dan hepatologi, otopedik serta
02:13kesihatan wanita dan kanak-kanak.
02:15Kedudukannya berhampiran Zon Ekonomi Khas Johor, Singapura, JSSEC Z dan RTS Link Johor Baru, Singapura, terus meletakkan hospital itu pada
02:24kedudukan strategik untuk memenuhi keperluan penduduk Johor dan Selatan Malaysia selain pesakit antarabangsa dari Singapura serta Indonesia.
02:32Hospital itu dijangka menggaji lebih 1,400 profesional penjagaan kesihatan apabila beroperasi sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan menyumbang
02:43kepada pertumbuhan ekonomi Johor.
02:47Petronas berada pada kedudukan baik untuk memanfaatkan pertumbuhan permintaan gas asli cecair LNG di Asia pada masa depan disokong portfolio
02:57bekalan yang pelbagai serta peningkatan kapasiti pengeluaran di Malaysia.
03:01Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan Petronas LNG Ezran Mahazir berkata portfolio LNG bersepadu syarikat itu merangkumi operasi sedia ada di
03:12Bintulu, Sarawak, bekalan dari Kaneda serta kemudahan baharu di Sabah yang dijangka mula beroperasi sekitar pertengahan 2027.
03:21Menurutnya, kemudahan baharu di Sabah itu akan menambah kira-kira 2 juta tan kepada portfolio LNG syarikat.
03:28Menurutnya, walaupun pertumbuhan permintaan di pasaran matang seperti Jepun dan Korea Selatan mungkin semakin tepu,
03:35LNG dijangka terus memainkan peranan penting sesulan perkembangan pusat data dan usaha mengurangkan penggunaan arang batu.
03:42Bagi Asa Tenggara pula, permintaan LNG dijangka terus berkembang namun pembangunan infrastruktur kekal antara cabaran yang perlu ditangani selain daripada
03:51cabaran geopolitik seperti konflik yang melibatkan Iran yang mempengaruhi harga LNG.
03:57Bagaimanapun, Petronas mengambil pendekatan jangka panjang dalam membuat keputusan pelaburan dan yakin kepelbagaian portfolio, lokasi serta sumber bekalannya membolehkan syarikat
04:08mengharungi turun naik pasaran.
04:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended