Skip to playerSkip to main content
  • 24 minutes ago
Iran menegaskan penyertaannya dalam Perhimpunan Agung PBB merupakan hak sah sebagai negara pengasas pertubuhan itu. Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata Tehran tidak akan tunduk kepada sebarang usaha yang cuba menghalang penyertaan delegasi negara itu ke UNGA di New York.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran menegaskan penyataannya dalam Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Unggar di New York, merupakan hak sah negara itu
00:08sebagai anggota pengasas PBB.
00:11Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bahaya berkata, penyataan kesidang berkenaan bukan satu keistimewaan yang diberikan oleh mana-mana negara.
00:22Menurut Ismail, menjadi tanggungjawab wakil Iran untuk menyuarakan pendirian negara itu kepada masyarakat antarabangsa.
00:29Beliau turut mendakwa terdapat usaha daripada pihak tertentu untuk menghalang penyertaan delegasi Iran dalam sidang berkenaan.
00:37Namun menurutnya, halangan dan propaganda negatif seperti ini tidak akan menyebabkan Iran berundur daripada hak sahnya untuk mengambil bahagian dan
00:46menyampaikan pendirian mereka.
00:47Kenyataan itu dibuat ketika hubungan antara Washington dan Teheran terus tegang sesuatu konflik yang berterusan di Asia Barat.
00:54Sebelum ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat maklumkan bahawa Washington akan mengeluarkan visa kepada delegasi utama Iran bagi menghadiri Unggar selaras
01:02dengan tanggungjawab negara tuan rumah kepada PBB.
01:05Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, delegasi Iran yang dibenarkan hadir tahun ini lebih kecil berbanding tahun lalu.
01:11Sesi ke-81 penimpunan agung PBB akan berlangsung di New York dengan kehadiran pemimpin dan wakil negara dari seluruh dunia
01:19bagi membincangkan pelbagai isu keselamatan, pembangunan dan kerjasama antarabangsa.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended