Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Penganalisis menjangkakan mata wang tempatan akan diniagakan dalam julat kecil susulan ketidaktentuan mengenai hala tuju kadar faedah AS dan perkembangan harga minyak dunia.
Transcript
00:00Pergerakan ringgit dijangka terus berhati-hati minggu ini apabila pasaran global meneliti petunjuk baharu daripada beberapa pegawai Rizal Persekutuan AS
00:08atau The Fed.
00:10Panalisis menjangkakan mata wang tempatan akan diniagakan dalam julat kecil, susulan ketidaktentuan mengenai hala tujuh kadar faedah AS dan perkembangan
00:19harga minyak dunia.
00:23Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad Dr. Muhammad Afzani Zahabdur Rashid menjangkakan ringgit akan bergerak dalam julat RM4.06
00:32hingga RM4.09 berbanding dolar AS minggu ini.
00:36Menurut beliau, tumpuan pasaran ketika ini terarah kepada beberapa sesi perkongsian awam oleh pegawai The Fed yang dijangka memberikan petunjuk
00:44lanjut mengenai prospek ekonomi dan dasar moneteri negara itu.
00:48Beliau berkata pelabur akan meneliti pandangan pegawai The Fed khususnya berhubung tempoh risiko kenaikan harga minyak serta hal tujuh kadar
00:56faedah dalam beberapa bulan akan datang.
00:58Malah unjuran terkini The Fed turut menunjukkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi pada tahun 2026.
01:06Bagi perbandingan Jumat ke Jumat, ringgit susut berbanding dolar Amerika kepada 4.0795 daripada 4.0685 yang direkodkan minggu sebelumnya.
01:19Namun prestasi ringgit lebih positif berbanding beberapa matawang utama lain.
01:23Matawang tempatan mengukuh berbanding Pound Britain yang Jepun dan Euro sepanjang minggu dagangan.
01:29Di rantau ASEAN pula, ringgit turut mencatat pengukuhan berbanding dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia.
01:37Bagaimanapun, ringgit mencatat sedikit penyusutan berbanding peso Filipina.
01:42Pergerakan ringgit minggu ini dijangka terus dipengaruhi sentimen global, khususnya petunjuk dasar moneteri AS serta perkembangan harga minyak yang menjadi
01:50antara faktor utama perhatian pelabur.
01:53Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended