00:00Arab Saudi pada selasa mengeluarkan amaran kecemasan berhubung potensi bahaya di Jeddah, Mekah dan Taif di wilayah barat negara itu.
00:09Menerusi amaran berkenaan, penduduk diminta berlindung dan mematuhi arahan keselamatan rasmi.
00:15Lapor media antarabangsa, pihak berkuasa tidak menyatakan secara khusus jenis bahaya yang dimaksudkan.
00:22Menurut pertahanan awam Arab Saudi, amaran itu dikeluarkan menerusi platform amaran awal kebangsaan bagi kecemasan.
00:30Penduduk diminta bertenang dan segera menuju ke lokasi selamat terdekat, sebaik-baiknya di dalam bangunan atau bilik di bahagian dalam
00:37yang jauh daripada tingkap serta kekal di situ sehingga bahaya berlalu.
00:42Pemandu kenderaan yang menerima amaran diarahkan memberhentikan kenderaan di lokasi yang jauh daripada jambatan dan bangunan tinggi.
00:50Orang ramai turut diminta mengelakkan kawasan berbahaya dan perhimpunan serta mengikuti arahan menerusi saluran rasmi.
00:56Amaran itu dikeluarkan ketika pertempuran antara Arab Saudi dan kumpulan Houthi semakin meningkat.
01:02Susulan beberapa serangan peluru berpandu dan bron oleh kumpulan berkenaan ke atas bandar serta infrastruktur Arab Saudi sejak beberapa hari
01:11lalu.
01:11Pasukan Arab Saudi pula bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap kerudukan Houthi di Yaman.
Comments