Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Fenomena arribada keenam musim ini di Oaxaca menyaksikan jutaan telur penyu lekang berpotensi menetas. Pakar bagaimanapun mengingatkan ancaman perubahan iklim terhadap kelangsungan spesies tersebut.
Transcript
00:00Lebih 330 ribu penyu lekang dilaporkan tiba di selatan Meksiko dalam fenomena bertelur secara beramai-ramai yang dikenali sebagai aribadah.
00:12Fenomena itu berlaku di pantai La Escobia, Wahaka selepas ribuan penyu lekang naik ke pantai dalam tempoh kurang 48 jam
00:23untuk bertelur.
00:27Menurut pihak berkuasa, pusat pelindungan La Escobila, ia merupakan fenomena aribadah ke-6 bagi musim ini yang bermula sejak Mac
00:35lalu.
00:35Namun, pakar memberi amaran bahawa perubahan iklim kini menjadi antara ancaman utama terhadap kelangsungan hidup spesies berkenaan.
00:42Menurut Agensi Pelindungan Alam Sekitar Persekutuan Meksiko, fenomena aribadah pada September tahun lalu menyaksikan kira-kira 269,850 penyu lekang
00:51naik ke pantai sama untuk bertelur.
00:53Daripada jumlah itu, sehingga 26 juta anak penyu dianggarkan menetas.
00:57Penyu lekang mainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem marin dan posisi pantai.
01:03Spesies itu membantu membekalkan nutrien kepada kawasan pantai serta bukit pasir selain mengawal populasi hidupan marin seperti obo-obo.
Comments

Recommended