Skip to playerSkip to main content
  • 17 minutes ago
PBB menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan korban orang awam di Gaza termasuk sembilan kanak-kanak yang dilaporkan maut dalam tempoh seminggu lalu. Pada masa sama, kekurangan bahan api, minyak enjin dan alat ganti mengancam perkhidmatan asas termasuk bekalan air dan sistem kumbahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menyerahkan kebimbangan terhadap peningkatan korban orang awam termasuk kanak-kanak akibat serangan di Gaza.
00:09Menurut Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq, laporan ini SEF menunjukkan 9 kanak-kanak telah terbunuh atau meninggal dunia akibat kecederaan
00:17sepanjang minggu lalu.
00:21Tambah beliau, sekurang-kurangnya 13 kanak-kanak lagi dilaporkan cedera dalam insiden yang berasingan.
00:27PBB mengulangi bahawa orang awam dan infrastruktur awam termasuk petugas kemanusiaan, bekalan bantuan serta aset mereka mesti dilindungi pada setiap
00:36masa.
00:37Dalam masa sama, Haq berkata agensi kemanusiaan turut memberi amaran bahawa kekurangan minyak enjin, alat ganti serta dana untuk membeli
00:44bahan api semakin menjejaskan pengkhidmatan asas di Gaza.
00:47Beliau menjelaskan banyak kemudahan kritikal termasuk sistem bekalan air, pusat kesihatan dan operasi kemanusiaan bergantung kepada generator serta kenderaan yang
00:57memerlukan pelanggaraan berterusan.
00:59Menurut PBB, sejak Mac lalu, pihak berkuasa Israel hanya meluluskan kemasukan kira-kira 13,500 liter minyak enjin ke Gaza.
01:07Bagaimanapun, lebih 92,000 liter minyak enjin masih menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke wilayah berkenaan.
01:13Haq memberi amaran bahawa tanpa kelulusan segera, situasi kemanusiaan di Gaza berisiko menjadi lebih buruk.
Comments

Recommended