00:00Baik, untuk waktu jam ini, sekali lagi kita akan membawakan kepada anda gambaran mengenai situasi jerebu terkini yang berlaku di
00:06Malaysia.
00:07Dan seperti yang anda dapat saksikan, ini merupakan dapatan atau pencerapan daripada data yang dikeluarkan oleh A-Politan Index Management
00:14System, APIMS.
00:15Ini keseluruhan peta di seluruh Malaysia pada ketika ini beberapa kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemar udara IPU pada kadar yang
00:25tidak sihat seperti yang kita semua tahu.
00:26Bacaan IPU 0 hingga 50 merupakan mencatatkan IPU yang baik, manakala sederhana daripada 51 hingga 100 dan 101 hingga 200
00:35tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas bacaan IPU-nya adalah berbahaya.
00:43Dan pada ketika ini seperti yang dapat anda saksikan di portal APIMS ini, 39 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat
00:51dan 29 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada kadar sederhana.
00:55Dan kita saksikan antara beberapa kawasan utama mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, Selangor ataupun melibatkan kawasan Johan Setia masih merekodkan
01:03bacaan tertinggi pada waktu dan ketika ini dengan 187 diikuti oleh Ceras di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan bacaan 177
01:12Negeri Sembilan.
01:13Antara kawasan yang terlibat ialah nilai dengan bacaan 175 ketika ini, Sarawak IPD Serian pada kedudukan yang keempat dengan bacaan
01:21174 dan keseluruhannya jika anda dapat saksikan di bahagian bawah kesemua kawasan yang mencatatkan bacaan indeks pencemar udara IPU yang
01:29tidak sihat disenaraikan di sini.
01:31Dan keseluruhan untuk waktu dan ketika ini ada 39 kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Johor.
01:39Di bahagian kawasan segamat di Johor mencatatkan bacaan 113 pada ketika ini.
01:45Dan pastinya kita akan terus memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa berikutan dengan bacaan IPU semasa di seluruh negara
01:52disebabkan oleh keadaan jerebu dan kepada anda yang mempunyai perancangan untuk melakukan aktiviti di luar kawasan rumah khusus bagi mereka
01:59yang menetap atau tinggal di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat pada ketika ini.
02:03rancang perjalanan anda ataupun lakukan apa saja mengikut SOP prosedur operasi standar dalam kita mendepani cuaca ini untuk kita terus
02:10kekal sihat dan saya rasa sekian untuk waktu ini kita berhenti rehat seketika bertemu semula selepas ini.
Comments