00:00Lebih 20 hospital dan pusat kesihatan di Gaza berdepan risiko operasi lumpuh selepas pertumbuhan kesihatan sedunia atau WHO menghentikan bekalan
00:09diesel akibat kekurangan dana.
00:11Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Munir Al-Bush berkata keputusan itu berkuat kuasa mulai 19 September.
00:21Menurut beliau, jumlah bahan api yang masih memasuki Gaza ketika ini hanya mencukupi untuk memastikan hospital beroperasi pada tahap minimum.
00:28Perhentian bekalan ini bukan sekadar bermakna generator terhenti tetapi juga penutupan dewan bedah dan unit raw terapi.
00:35Ia turut mengganggu mesin bantuan penafasan dan stesen oksigen sekaligus mengancam nyawa bayi dalam inkubator, pesakit dialisis, mangsa yang cedera
00:43serta mereka yang menghidap penyakit kronik.
00:45Beliau berkata krisis itu juga dijangka menjejaskan operasi ambulans serta sistem penyimpanan ubat dan vaksin yang memerlukan rantaian penyejukan berterusan.
00:54Muni menyifatkan pemotongan bekalan bahan api kepada hospital sebagai satu bentuk pembunuhan senyap terhadap pesakit di katil mereka.
01:00Sebenarnya, beliau menggesa WHO, negara-negara penderma dan masyarakat antarbangsa mengambil tirakan segera bagi memastikan bekalan bahan api dan minyak
01:09yang mencukupi dapat disalurkan ke Gaza.
01:11Sejak peperangan bermula pada Oktober 2023, hospital di Gaza bergantung hampir sepenuhnya kepada generator selepas bekalan elektrik utama terputus.
Comments