Skip to playerSkip to main content
  • 32 minutes ago
Anak Syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Bhd (FGV) melantik sebuah firma audit bebas bagi menjalankan forensik audit berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda, FGV Holdings Berhad, FGV melantik sebuah firma audit bebas
00:07bagi menjalankan forensik audit berhubung perkara-perkara khusus melibatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan.
00:16Dalam satu kenyataan, Felda berkata, pada masa sama, proses pelantikan firma audit bebas giat dijalankan ke atas beberapa buah anak
00:24syarikat yang lain.
00:27Pelantikan ini dilaksanakan selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM
00:36serta Jawatan Kuasa Khas Hala 7 Felda 2030.
00:41Langkah ini dirangka khusus untuk menambah baik tahap takbir urus kumpulan Felda demi kelestarian agensi itu.
00:48Jelas kenyataan itu lagi, Felda akan terus meneliti keperluan melantik firma audit bebas bagi melaksanakan pengauditan forensik secara profesional dan
00:59menyeluruh ke atas Felda dan semua organisasi di bawah kumpulan Felda.
01:04Inisiatif pengauditan forensik terhadap Felda mula dilaksanakan sejak 2019 dengan melantik tertuan Ernst & Young atau EY dengan dapatan laporan
01:14audit berkenaan
01:15dibentangkan di Parlimen melalui kertas putih Felda pada 2020.
01:20Selain itu, Felda kekal tegas dengan pendiriannya untuk memastikan kepentingan organisasi serta kesejahteraan peneroka sentiasa dilindungi dan terpelihara.
Comments

Recommended