00:00Kumpulan Houthi meraihkan kemarahan terbaru mereka di barat Yemen ketika konflik bersenjata di negara itu kembali memuncak.
00:07Rakaman yang disiarkan media Houthi menunjukkan kesan serangan udara yang didakwa melancarkan Arab Saudi di wilayah Khadidah
00:15selain memaparkan beberapa kenderaan tentera yang dirampas serta pejuang Houthi yang beroperasi di kawasan yang baru dikuasai.
00:25Perkembangan itu menandakan peningkatan paling ketara dalam konflik Yemen sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
00:31Houthi dilaporkan berjaya menguasai beberapa bandar dan lokasi strategik di pesisir barat Yemen termasuk Pulau Perim
00:37yang terletak di pintu masuk selat Bab Al-Mandib antara laluan perkapalan terpenting dunia.
00:42Kumpulan Houthi juga telah meningkatkan serangan rentas sempadan ke atas Arab Saudi menerusi pelancaran peluru berpandu dan drone
00:48sebagai tindak balas terhadap serangan udara Riyadh.
00:51Arab Saudi pula dilaporkan mengeluarkan amaran kecemasan di beberapa bandar selatan negara itu
00:56dan menuduh Houthi serta sekutu serantaunya mengancam kestabilan rantau teluk.
01:00Ketegangan yang semakin meningkat terus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perdagangan antara bangsa dan bekalan tenaga global.
01:07Harga minyak dunia dilaporkan meningkat selepas beberapa serangan menjejaskan infrastruktur penting Arab Saudi
01:12dan menambah ketidakpastian terhadap keselamatan laluan perkapalan di Laut Merah serta selat hormus.
Comments