00:00Keselamatan perlu diberi keutamaan ketika melakukan aktiviti berhampiran sungai, air terjun dan pantai.
00:06Susulan 16 kematian akibat lemas direkodkan di Pahang sepanjang tahun ini.
00:12Penolong pengarah bahagian operasi dan penyelamat Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Pahang,
00:17Mohd Salahuddin Isa berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah pematuhan terhadap papan tanda amaran
00:24serta larangan mandi di kawasan dikenal pasti berbahaya.
00:31Beliau berkata pengunjung juga perlu berwaspada terhadap fenomena kepala air khususnya ketika berada di kawasan air terjun, jeram dan sungai
00:39perdalaman.
00:41JBPM Pahang katanya ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa mementingkan aspek keselamatan dan fahami risiko di kawasan rekreasi.
00:49Beliau menegaskan jangan sesekali mandi di kawasan yang ditandakan dengan bendera merah atau papan amaran dilarang mandi.
00:56Mohd Salahuddin berkata sekiranya ternampak individu dipercayai lemas, orang awam dinasihakan jangan terus terjun ke dalam air jika tidak mempunyai
01:05kemahiran menyelamat.
01:06Sebaliknya, beliau berkata bantuan boleh diberikan menerusi konsep reach, throw, row and go
01:12dengan cuba mencapai mangsa menggunakan objek panjang seperti kayu atau galah,
01:17membaling objek terhapung seperti pelampung, bot jika ada,
01:20atau hubungi talian kecemasan 999 untuk menggerakkan pasukan penyelamat di IPPDA ke lokasi.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments