Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Program Makanan Sedunia memberi amaran bantuan kemanusiaan di Sudan mungkin terpaksa dikurangkan dalam beberapa minggu akan datang akibat kekurangan dana. Sudan kini berdepan krisis kemanusiaan terbesar dunia dengan 20 juta penduduk mengalami kelaparan akut dan 14 juta kehilangan tempat tinggal.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Program Makanan Sedunia WFP memberi amaran bantuan kemanusiaan di Sudan mungkin terpaksa dikurangkan dalam masa beberapa minggu lagi akibat kekurangan
00:09dana.
00:10Timbalan pengarah eksekutif WFP Carl Skow berkata, organisasi itu mempunyai akses dan keupayaan untuk menghantar bantuan namun berdepan masalah pembiayaan
00:20yang serius.
00:25Menurutnya, tahap pembiayaan semasa hanya sekitar satu per tiga daripada jumlah yang diterima pada tahun lalu.
00:30Katanya, sebarang pengurangan lanjut dalam operasi bantuan berisiko menjelaskan keupayaan WFP untuk meneruskan penghantaran bantuan pada masa hadapan.
00:38Sudan ketika ini berdepan krisis kemanusiaan terbesar di dunia dengan kira-kira 20 juta penduduk mengalami kelaparan akut dan 14
00:46juta lagi kehilangan tempat tinggal akibat konflik yang berlarutan.
00:49Menurut WFP, sekitar 5 juta orang berada pada tahap kecemasan makanan atau IPC fasa 4,
00:55manakala kira-kira 200 ribu orang berdepan keadaan kebeluran paling kritikal di bawah IPC fasa 5.
01:02Katanya lagi, ramai wanita yang menjadi ketua isi rumah selepas kehilangan suami atau anak lelaki dalam konflik sedang bergelut untuk
01:08memastikan bekala makanan bertahan lebih lama.
01:10Beliau turut menggambarkan sebuah penempatan besar yang menempatkan kira-kira sejuta orang tetapi masih kekurangan pelindungan,
01:17kemudahan kesihatan, pendidikan serta ruang yang sesuai untuk kanak-kanak.
01:21Menjelang minggu peringkat tinggi Perimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB,
01:26beliau menggesa masyarakat antarabangsa meningkatkan usaha politik bagi menamatkan konflik tersebut.
Comments

Recommended