Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan industri kedua-dua negara. Beliau berkata kerjasama lebih erat dalam sektor berteknologi tinggi mampu menjana manfaat besar kepada kedua-dua ekonomi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh kerjasama dalam sektor elektrik dan elektronik ENE serta semikonduktor
00:09bagi meningkatkan daya saing kedua-dua negara.
00:12Menurut beliau, Malaysia kini sedang memperkukuh kedudukannya sebagai hak utama ENE dan semikonduktor di Asia Tenggara manakala India mempunyai kekuatan
00:23besar dalam bidang tersebut.
00:28Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi minum petang bersama Gabenel Kerala, Menteri Industri dan Perdagangan serta pemimpin perniagaan terkemuka
00:36India di Kalakad.
00:37Menurut Anwar, platform berkenaan membuka peluang untuk memperkukuh hubungan perniagaan ke perniagaan B2B dan meneroka kerjasama baharu dalam sektor ekonomi
00:45bernilai tinggi.
00:46Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata India merupakan antara ekonomi utama yang sedang berkembang pesat dan Malaysia perlu terus
00:53mempelbagaikan hubungan perdagangan serta pelaburan dengan negara itu.
00:58Hubungan diplomatik modern antara Malaysia dan India terjalin sejak tahun 1957 dan India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di
01:06Asia Selatan.
01:07Pada 2025, nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah 18.55 bilion dolar Amerika ataupun 79.33 bilion
01:17ringgit.
01:18Dalam masa sama, Anwar turut mendekankan hubungan sejarah yang panjang antara Kerala dan Asia Tenggara khususnya menerusi pantai Malabar yang
01:26menjadi antara pusat penting perkembangan perdagangan, budaya dan intelektual di rantau ini.
01:31Menurutnya, kedua-dua pihak perlu menggalakkan peningkatan aliran pelaburan dua hala termasuk pelaburan Malaysia ke Kerala dan pelaburan dari Kerala
01:39dan negeri-negeri berhampiran India ke Malaysia.
01:43Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended