Skip to playerSkip to main content
  • 25 minutes ago
Projek menaik taraf Muka Sauk Kabang di sini kini mencapai kemajuan fizikal 94 peratus, dengan pelan pencepatan selama 21 hari dilaksanakan bagi menyiapkan baki kerja kritikal projek itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Projek menaik taraf Muka Saut Kabang di sini kini mencapai kemajuan fizikal 94%
00:05dengan pelan percepatan selama 21 hari dilaksanakan bagi menyiapkan baki kerja kritikal projek itu.
00:13Ahli Parlimen Papar, Datuk Armiza Mama Ali berkata beliau bersama rakan-rakan
00:17wakil rakyat gabungan rakyat Sabah GRS dalam parlimen itu pada Isnin
00:22meninjau perkembangan projek berkenaan khususnya kerja akhir di kawasan Muka Saut.
00:28Beliau berkata pelan percepatan 21 hari itu telah dimulakan dengan kerja hari pertama hingga ketiga
00:33melibatkan proses mengosongkan kolam serta pembinaan dinding struktur Muka Saut.
00:38Jelas beliau pelan percepatan ini perlu diselesaikan supaya rakyat tidak terus berdepan keadaan yang sama pada masa depan
00:45selain meminimumkan kesannya kepada masyarakat.
00:49Beliau berkata projek yang dimulakan pada 10 Mac 2025 itu penting kerana kapasiti Muka Saut Kabang
00:55akan dinaik taraf daripada 9 juta liter kepada 30 juta liter sehari.
00:59Ia sekaligus menjadi sumber air mentah alternatif kepada loji rawatan air LRA Limbahau
01:05dan loji rawatan air skim bekalan air kecemasan EWSS.
01:09Menurutnya apabila sumber air di Muka Saut Limbahau terjejas akibat kadar kemasinan,
01:14kekeruhan atau kandungan ammonia melebihi tahap selamat,
01:17air mentah dari Muka Saut Kabang boleh digunakan bagi membantu memastikan kedua-dua loji terus beroperasi.
01:24Amizan berkata pelaksanaan projek berkenaan berdepan beberapa kekangan
01:28termasuk keadaan cuaca, parasungai dan keadaan sumber air mentah selain kerja di tapak
01:33pernah terhenti selama 46 hari akibat masalah saliniti dan 71 hari disebabkan hujan.
01:40Beliau berkata dalam keadaan tertentu,
01:42Muka Saut Kabang sedia ada juga perlu terus digunakan bagi memastikan
01:46bekalan air mentah kepada kedua-dua loji tidak terputus.
01:50Bagi kira-kira 6% kerja projek itu katanya melibatkan komponen penting
01:55yang perlu disiapkan sebelum kapasiti naik taraf dapat beroperasi.
Comments

Recommended