00:00Baik bertemu semula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pandangan politik yang agak tegas disuarakan sebahagian pimpinan maupun perwakilan dalam
00:09perhimpunan agung UMNO.
00:11Namun, Perdana Menteri Enggan mengambil jalan mudah yang boleh mengugat prinsip keadilan serta kestabilan negara.
00:17Mengulas desakan segelintir pihak dalam perhimpunan itu yang menuntut tindakan agresif sehingga mencadangkan pembubaran parlimen atau menyingkirkan pihak tertentu.
00:27Anwar menegaskan beliau tetap berpegang teguh kepada lunas perlembagaan.
00:33Bagi saya, dalam soal menjalankan tugas ini, kita harus tunduk kepada prinsip negara hukum dan apa yang dia persetujui dalam
00:45perlembagaan.
00:46Jadi, saya hanya beri pandangan.
00:49Saya tidak pernah mengambil sikap yang berasangka ataupun kebencian.
00:57Saya tahu kalau jalan mudah apa dia, jalan susah apa dia.
01:02Tapi saya ambil jalan yang saya anggap betul ikut lunas hukum.
01:08Menepis kebimbangan bahawa gesaan lantang daripada parti komponen itu mampu meretakkan kerajaan perpaduan,
01:15Anwar mengibaratkan perbezaan pandangan itu seperti asam garam kehidupan sebuah rumah tangga yang masih terkawak.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments