00:00Perdana Menteri Kanada Mark Carney mahu mempererat hubungan dengan Kesatuan Eropah EU termasuk meneroka kemungkinan Kanada menjadi anggota bersekutu blok
00:10itu.
00:11Wall Street Journal melaporkan EU terbuka untuk mewujudkan status keanggotaan bersekutu namun kedua-dua pihak belum memberikan maklum balas rasmi.
00:22Cadangan itu antaranya membolehkan pergerakan bebas barangan, perkhidmatan dan pekerja Kanada dalam rantaian bekalan strategik termasuk tenaga, kecedasan buatan, pertahanan
00:32dan mineral kritikal.
00:33Kedua pihak turut dilaporkan membincangkan pembinaan kabel dasar laut, pusat data, storan awan dan rangkaian satelit selain infrastruktur untuk menghantar
00:42tenaga Kanada ke EU.
00:44Langkah itu menyusul ketegangan perdagangan Kanada Amerika Syarikat yang semakin memuncak dengan Presiden Donald Trump bercadang mengenakan tarif baru terhadap
00:53kenderaan dan alat ganti dari Kanada mulai 1 Januari.
00:57Carney dijadual bertemu Presiden Perancis Emmanuel Macron pada 20 September di St. Pierre dan Miquelon.
01:03Namun usaha mempererat hubungan Kanada EU dijangka berdepan cabaran sesulan penentangan dalaman di Eropah.
Comments