00:00Cita Global Berhad memperoleh kontrak bernilai RM82.12 juta bagi pembinaan bangunan Kolej Kediaman Baharu di Institut Pendidikan Guru IPG
00:10Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai menerusi anak syarikat milik penuhnya, Cita Global Land Sedang Berhad CLSB.
00:17Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata CLSB menerima surat anugerah daripada pun nama BES Sedang Berhad bagi melaksanakan
00:25projek reka dan bina melibatkan kerja mereka bentuk, membina serta menyiapkan bangunan Kolej Kediaman Baharu dan kerja-kerja berkaitan.
00:34Kontrak bernilai tetap RM82.12 juta itu mempunyai tempuh pelaksanaan selama 22 bulan dan dijadual siap pada 30 Jun 2028.
00:44Projek berkenaan merupakan pembangunan kerajaan dalam sektor pendidikan yang dilaksanakan menerusi Jabatan Kerja Raya Malaysia JKR.
00:52Dengan penerimaan kontrak tersebut, jumlah buku tempahan Cita Global dan anak syarikatnya meningkat kepada kira-kira RM1.5 bilion setakat
01:0130 Jun 2026,
01:02sekaligus memperkukuh keterlihatan pendapatan kumpulan bagi tahun-tahun akan datang.
01:07Syarikat menjangkakan projek itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan, keuntungan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaannya
01:15tanpa memberi kesan ketara terhadap tahap keberhutangan syarikat.
01:23Kumpulan wang simpanan pekerja KWSP meningkatkan pegangan langsungnya dalam IOI Corporation Berhad kepada 17.645%
01:32selepas membeli sebanyak 7.46 juta saham syarikat peladangan itu pada 8 September 2026.
01:40Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IOI Corp berkata pembelian tersebut dibuat menerusi beberapa akaun penama KWSP
01:47dengan transaksi terbesar melibatkan 6.06 juta saham.
01:52Susulan pembelian itu, jumlah pegangan langsung KWSP meningkat kepada 1.109 bilion saham.
01:59Pegangan berkenaan mewakili 17.645% daripada keseluruhan 6.285 bilion saham berhak mengundi dalam IOI Corp
02:09sekaligus mengukuhkan kedudukan KWSP sebagai antara pemegang saham institusi utama kumpulan peladangan tersebut.
02:17Langkah itu turut menandakan KWSP kembali menambah pegangan dalam IOI Corp selepas dilaporkan menjual kira-kira 13 juta saham syarikat
02:25berkenaan pada April 2026.
02:27Transaksi terbaru itu mencereminkan peningkatan semula kepentingan KWSP dalam salah satu syarikat peladangan terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
02:40Duo Pharma Biotech Berhad mengesan percubaan akses tanpa kebenaran ke dalam infrastruktur teknologi maklumat IT syarikat menerusi sistem pertahanan saiber
02:50dalaman yang digunakan syarikat.
02:51Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat berkata protokol pembendungan segera telah dilaksanakan sebaik sahaja insiden perkenaan dikesan.
03:00Setakat ini rangkaian korporat teras dan sistem operasi dalaman syarikat kekal selamat utuh serta berfungsi seperti biasa.
03:08Susulan insiden itu, Duo Pharma Biotech telah memulakan semakan menyeluruh dan siasatan awal mengesahkan tiada gangguan terhadap operasi peniagaan teras
03:17dengan semua aktiviti syarikat terus berjalan seperti biasa.
03:20Bagaimanapun, siasatan mendapati satu set file data telah diekstrak daripada sistem dan dipercayai mengandungi data peribadi.
03:28Syarikat berkata ia akan bekerjasama dengan pakar keselamatan saiber dalaman dan luaran untuk menjalankan siasatan forensik digital bagi menentukan skop
03:37sebenar data yang terlibat.
03:39Duo Pharma Biotech turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menilai semula persekitaran keselamatan saiber sedia ada dan melaksanakan langkah tambahan yang
03:48diperlukan bagi memperkukuh pelindungan sistem serta data syarikat pada masa hadapan.
03:53Terima kasih telah menonton!
Comments