Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Salhah berkata pada masa yang sama kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan kualiti air di kawasan berkenaan, termasuk melaksanakan pensampelan serta ujian yang diperlukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Melaka beri jaminan keselamatan sumber air dan bekalan air terawat kepada pengguna sentiasa menjadi keutamaan.
00:07Ia sesulan penemuan disyaki rangka manusia di kawasan Rizab Empangan Durian Tunggal pada Ahad.
00:17Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Salha Salih berkata berdasarkan pemantauan kualiti air yang dilaksanakan setakat ini,
00:24tiada pelanggaran terhadap parameter kualiti air yang ditetapkan di kesan dan bekalan air terawat kepada pengguna adalah dalam keadaan selamat.
00:32Katanya Kerajaan Negeri memahami kebimbangan orang ramai kerana kawasan penemuan tersebut sebahagian daripada kawasan tadahan dan sumber air mentah bagi
00:41bekalan air melaka.
00:42Beliau menambah, Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan kualiti air di kawasan berkenaan,
00:49termasuk melaksanakan pensampelan serta ujian yang diperlukan.
00:54Kerajaan Negeri juga akan terus bekerjasama dengan polis serta agensi teknikal berkaitan bagi memastikan setiap aspek berkaitan penemuan tersebut diberi
01:01perhatian sewajarnya mengikut bidang kuasa masing-masing.
01:05Beliau berkata penemuan disyaki rangka manusia di kawasan Rizab Empangan tidak boleh ditafsirkan secara langsung sebagai berlakunya pencemaran atau menjejaskan
01:13keselamatan bekalan air kepada pengguna.
01:15Sebenarnya itu, Salha menasihatkan orang ramai supaya tidak panik atau membuat sebarang kesimpulan serta menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
01:24Terima kasih.
Comments

Recommended