Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ancaman bom yang dihantar menerusi e-mel kepada pihak pengurusan pusat beli-belah Mid Valley Southkey di sini, lewat malam tadi, disahkan palsu selepas polis memeriksa premis berkenaan.
Transcript
00:00Acaman bom yang dihantar melalui email kepada pihak pengurusan pusat beli-belah Mid Valley South Key di Johor Baru lewat
00:08malam Ahad disahkan palsu selepas polis memeriksa premis berkenaan.
00:13Ketua Polis Johor Dato' Abdul Rahman Arsad berkata polis menerima maklumat daripada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan mengenai ancaman
00:20melalui email itu pada jam 11.31 malam.
00:24Katanya, unit pemusnah bom UPB Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Johor dengan bantuan UPB Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Johor
00:33Baru Selatan segera digerakkan ke pusat beli-belah berkenaan.
00:37Pemeriksaan keselamatan dijalankan di dalam serta luar bangunan dengan kerjasama pasukan keselamatan premis.
00:43Beberapa objek mencurigakan ditemui dan diperiksa pasukan UPB namun didapati tidak mengandungi sebarang bahala topan.
00:51Rahman berkata tiada ancaman bom dikesan dan kawasan yang terjejas kemudiannya disahkan selamat sepenuhnya.
00:58Polis memandang serious semua ancaman berkaitan bahan letupan dan akan mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan orang awam.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended