00:00Rekod semasa Kementerian Luar kekal, seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal
00:09dan China.
00:10Manakala usaha untuk mendapatkan pengesahan mengenai status setiap individu terus dilaksanakan.
00:16Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukan mencari dan menyelamat khas Malaysia SMART yang kembali dari Nepal pada Isnin akan
00:24memberikan taklimat kepada Kementerian
00:26mengenai penugasan serta maklumat yang diperolehi sepanjang operasi di lapangan.
00:34Sepanjang penugasan, SMART melaksanakan aktiviti pencarian di kawasan yang boleh diakses dengan selamat dan dibenarkan oleh pihak berkuasa Nepal.
00:42Pencarian itu termasuk operasi di darat serta tinjauan udara menggunakan drone,
00:47manakala maklumat yang diperolehi akan diteliti oleh Wisma Putra bersama agensi Malaysia yang berkaitan bagi menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.
00:56Wisma Putra menegaskan bahawa berakhirnya penugasan SMART di lapangan tidak bermakna usaha untuk mendapatkan kepastian
01:03mengenai status rakyat Malaysia terbabit telah tamat dan tidak mengubah status semasa mereka.
01:08Berdasarkan maklumat terkini yang diterima dari Nepal, pihak berkuasa negara itu terus melaksanakan usaha pencarian,
01:14pengesahan dan pengecaman susulan bencana berkenaan.
01:18Kedutaan besar juga akan membuat semakan dengan hospital serta agensi berkaitan selain melaksanakan semakan
01:24atau lawatan susulan sekiranya keadaan keselamatan mengizinkan serta-setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa Nepal.
01:31Di China, Kedutaan besar Malaysia di Beijing akan terus berhubung dengan pihak berkuasa China
01:36yang berkaitan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana itu
01:39serta sebarang maklumat yang dapat membantu dalam menentukan status mereka.
01:44Wisma Putra berkata kementerian memahami kebimbangan dalam kalangan keluarga yang masih menantikan kepastian
01:49mengenai insan tersayang dan kekal berhubung seri langsung dengan waris terdekat.
01:55Menurut kementerian, sekiranya terdapat perkembangan yang telah disahkan mengenai status seseorang rakyat Malaysia,
02:00waris terdekat akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat kepada umum.
02:05Kementerian turut menggesa orang ramai dan pihak media supaya menghormati privasi keluarga yang terlibat
02:10serta tidak membuat spekulasi mengenai mana-mana individu yang statusnya masih belum dapat disahkan.
Comments