00:02Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Sri Jamil Kir Baharum didakwa di Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:09hari ini atas tiga petuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji TH melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara 2015 hingga
00:212017.
00:22Kita akan bersama dengan wartawan Madiha Abdullah untuk laporannya. Silakan Madiha.
00:30Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Sri Jamil Kir Baharum mengaku tidak bersalah atas tiga petuduhan
00:38di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan RCI Tabung Haji dan diikat jamin RM300,000.
00:46Jamil Kir membuat pengakuan itu selepas petuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
00:52Bekas Ahli Parlimen Jerai itu didakwa menyebabkan Tabung Haji melupuskan wang berjumlah kira-kira RM861,000,000 kepada Al-Rauda
01:02Real Estate Development and Projects Management Company Limited.
01:06Kesalahan itu didakwa dilakukannya di pejabatnya pada 3 April 2015, 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.
01:17Datuk Seri Jamil Kir menyifatkan proseding itu sebagai peluang untuk membersihkan namanya dan meluahkan kepercayaan pada sistem keadilan.
01:27Peguamnya Datuk Hamidi Muhammad Nuh berkata pihak pembelaan akan memberikan pembelaan terbaik dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 November
01:37depan.
01:38Itu sahaja daripada saya di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur kembali ke Bukit Jalil.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments