Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Janji bantuan membawa harapan, tetapi kemampuan membiayainya menentukan keyakinan pasaran. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengupas bagaimana Belanjawan 2027 perlu mengimbangi keperluan rakyat dan disiplin fiskal, serta risiko peningkatan kos pinjaman kerajaan dan tekanan terhadap ringgit jika keyakinan terhakis.
Transcript
00:00Setiap janji perbelanjaan ada harganya. Belanjawan 2027 bakal menguji keupayaan kerajaan memenuhi harapan rakyat sambil meyakinkan pelabur bahawa kewangan negara
00:10kekal terurus.
00:11Sebab apabila keyakinan goyah, kos kerajaan meminjam boleh meningkat, ringgit boleh tertekan dan ruang membiayai keperluan rakyat menjadi semakin sempit.
00:20Hala tujuh dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan juga pergerakan hasil bon jangka panjang global menambah cabaran ini.
00:27Dan kita akan bersama dengan tetamu Dr. Mohd Abzanizam Adur Rashid untuk kita teliti betapa pentingnya belanjawan yang mampu membantu
00:34rakyat hari ini tanpa menambah beban kewangan negara pada masa hadapan.
00:38Saya nak ucapkan terima kasih Dr. kerana sedih meluangkan masa bersama kami. Sekali lagi kita ingin berbincangkan apakah antara jangkaan
00:44dan hala tujuh belanjawan 2027 daripada pelbagai aspek terutamanya bagaimana untuk meningkatkan ceiling,
00:49bagaimana untuk meningkatkan lantai dan kita melihat juga rakyat kebanyakannya memang menilai belanjawan melalui bantuan yang diterima.
00:56Pasaran pula menilai kemampuan kerajaan yang membayarnya. Jadi apakah yang boleh menyebabkan belanjawan disambut rakyat tetapi menimbulkan kebibangan pelabur?
01:05Bantu kami faham, Dr.
01:08Baik, terima kasih, Ina. Perasa awak ni kerana sudah menjemput saya pada pagi ini. Sebenarnya ia merupakan suatu pertimbangan yang
01:15begitu berhati-hati kerana ada banyak orang
01:19kata tu pemegang taruh yang akan melihat dan memantau bagaimana kerajaan Malaysia akan menerajui ekonomi Malaysia pada tahun 2027.
01:30dan belanjawan 2017 ni adalah merupakan wadah terhadap usaha tersebut. Justru seperti yang disebutkan tadi, kalau rakyat dia mahukan banyak
01:42bantuan dan sebagainya,
01:43maksudnya komuniti pelabur, mereka nak melihat kelestarian kedudukan ekonomi ataupun kedudukan fiskal negara.
01:50Of course, orang kata tu komuniti peniaga pula juga sama juga mahukan pelbagai bantuan diberikan kerana mereka juga menghadapi pelbagai
01:59cabaran dari segi persaingan, peningkatan dalam kos peniagaan dan sebagainya.
02:06Di sini juga satu kerangka ataupun hal tujuh yang agak menarik untuk kita bincangkan maksudnya dalam konteks politik maksudnya PRU16
02:17juga maksudnya kita sedang menuju ke arah itu.
02:21Jadi apakah bentuk ataupun pendekatan yang akan dibawa oleh kerajaan dalam belanjawan 2027 ini?
02:27Saya kira pertamanya dari segi disiplin keuangan itu tidak akan dikorbankanlah yang saya nampak.
02:36Mungkin terdapat orang kata tu miss out in terms of orang kata tu sasaran bagi defisit bagi tahun ini.
02:46Ketahu ini kita tetap menyaksikan defisit fiskal negara telahpun mencecah 4.2% pada separuh tahun yang pertama.
02:53Dan kita lihat kejutan ekonomi akibat daripada perang di Iran tersebut telah memaksa pihak kerajaan untuk berbelanja dengan lebih dari
03:01segi subsidi bahan api.
03:04Justru saya kira sasaran yang tidak dapat dipenuhi itu saya kira tidak akan dihukum oleh pasaran keuanganlah kerana ia merupakan
03:13satu tindakan yang wajar
03:14dan kejutan itu adalah kejutan yang di lewat kerajaan dan reaksi dan respon itu juga melalui peningkatan subsidi itu merupakan
03:25satu tindakan yang bertanggungjawab dan berhemah.
03:27Jadi saya tak kira kredit rating agensis akan menghukum kita lah.
03:32Tapi bergerak ke hadapan apakah perancangannya.
03:34Jadi di segi mungkin tahun ini sasaran 3.5% seperti yang direncana dalam belanjawan 2026 itu mungkin tidak dapat
03:41dipenuhi.
03:42Tetapi bagi tahun 2027 saya rasa masih lagi dalam kerangka yang dasar ekonomi ataupun dasar fiskal itu akan terus mengecilah
03:51pada tahun hadapan.
03:52Jadi itu kerangka utamalah yang mungkin kita dapat saksikan apabila belanjawan 2027 akan dibentang pada 9 Oktober nanti.
03:59Penting untuk kita menyaksikan kedua-dua pihak ini menilai daripada segi rakyat itu menilai berapa banyak bantuan yang akan mereka
04:06dapat
04:06dan para pelabur juga akan memerhati bagaimanakah pengurusan perbelanjaan akan dibelanjakan.
04:11Dan melihat kepada apa yang berlaku di peringkat global juga kita tahu kerajaan mengambil kira faktor geopolitik dalam merangka belanjawan
04:19pada kali ini
04:19dan kita dapat saksikan antara perkembangan terkini melihat kepada FED.
04:24Dalam situasi sekiranya FED itu telah turunkan kadar faedah sekalipun, doktor, mengapa kos pinjaman jangka panjang kerajaan belum tentu sebenarnya
04:32kita akan turun?
04:33Apa antara pengajaran utama untuk Malaysia terutamanya apabila kita ingin merangka belanjawan 2027?
04:40Saya rasa kredibiliti dari segi perancangan dasar fiskal itu penting kerana apa yang mahu disaksikan oleh pasaran keuangan adalah
04:49plan atau perancangan untuk mencapai sebuah satu sasaran tersebut.
04:53Sekiranya sasaran itu masih dalam kerangka mahu mengawal perbelanjaan, mahu mengecilkan dasar fisik dan sebagainya itu,
05:01saya kira itu akan mengurangkan keresahan pemain-pemain pasaran.
05:07Tapi yang kita bimbangkan kalau kelah tiba-tiba pendekatan itu agak berbeza maksudnya begitu ekspansionary itu yang akan menimbulkan keresahan
05:16dan saya kira itu bukanlah pendekatan yang bakal diambillah kerana kita sedia maklum kita dah tengok pelbagai impact kepada pasaran
05:24bond
05:24seperti yang pernah berlaku di UK pada tahun 2022 yang mana peningkatan UK yields yang begitu meningkat tinggi
05:34kemudian memberi kesan kepada pound sterling.
05:36Bagi saya itu satu episod yang banyak boleh dipelajari oleh pelbagai kerajaan di peringkat global.
05:43Justru saya rasa masih lagi orang kata itu dalam kerangka mahu mengetengahkan disiplin keuangan.
05:50pada masa yang sama juga tidak ketinggalan juga untuk memelihara nasib rakyat, nasib perniagaan.
05:57Di sini langkah itu akan lebih bersasar.
06:00Justru dalam konteks ini kalau katakanlah harga minyak kekal tinggi dalam sekitar 100 dolar setong
06:05maka saya kira pendekatan dalam subsidi bahan api ini perlu disemak semula.
06:13Maksudnya sifatnya itu akan lebih bersasar, akan lebih menumpukan kepada golongan yang betul-betul memerlukan
06:19jadi kita akan lihatlah apakah pendekatan yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti.
06:24Baik, kita tahu bantuan rakyat tetap diperlukan doktor.
06:28Jadi di mana garis pemisah antara bantuan yang mengukuhkan ekonomi dengan janji perbelanjaan yang akhirnya membebankan keuangan kerajaan?
06:37Di sini, setelah dantang tempoh terdekat ini mungkin peruntukan itu akan ditingkatkan
06:45tetapi apa yang mahu kita harapkan adalah penerima bantuan seperti STR dan SAR ini
06:54at some point pada masa akan datang jumlah penerima ini itu akan berkurang.
06:59Bukan berkurang itu disebabkan pemotongan peruntukan tetapi pengurangannya itu disebabkan peningkatan taraf hidup
07:05berlaku apa yang dikatakan sebagai social upward mobility.
07:10So maksudnya dasar-dasar seperti dasar pendidikan, dasar kesihatan, projek-projek infrastruktur, dasar berkenaan keusahawanan, dasar berkenaan industri
07:20telah berjaya membuka peluang kepada peningkatan-peningkatan tempatan
07:24telah berjaya membuka peluang pekerjaan yang bergaji bermaruah dan sebagainya itu
07:29yang memungkinkan suatu bentuk peningkatan taraf hidup itu boleh berlaku.
07:34Tetapi perkara ini tidak boleh berlaku dalam tempoh yang terdekat.
07:38Itu satu pengharapan yang perlu kita letakkan iaitu satu pengharapan yang realistik.
07:42So maksudnya kerajaan sedang menimbang kesan jangka pendek dan apakah kesan jangka panjang yang mahu kita capai.
07:51Tapi di sinilah cabarannya Nina kerana kesan jangka pendek itu perlu diurus dengan baik
07:56dan risiko-risiko seperti protectionist policies, perang di Iran yang masih tidak ada jalan kesudahannya itu
08:05maka sumber yang perlu ditakbir oleh kerajaan itu semakin orang kata itu terhad dan sebagainya
08:12itu cabaran-cabaran jangka pendek yang perlu diurus dengan baik.
08:15Bukan mudah untuk kita imbangkan antara keperluan bantuan segera dan juga penyelesaian jangka panjang.
08:22Namun jika pelabur mula meragui hala tujuh fiskal Malaysia doktor
08:26bagaimana tekanan itu boleh sampai kepada ringgit dan akhirnya poket rakyat?
08:33Apabila salah satu pemengantara ini iaitu golongan pelabur ataupun komuniti pelabur
08:39dari pelbagai bentuk ada agensi penafan kredit, ada pelabur asing dan sebagainya
08:46sekiranya mereka ini tidak yakin dan mula goyah dari segi keakinan terhadap perancangan kerajaan
08:51maka satu kita boleh lihatlah tindakan ataupun reaksi kredit rating agensi yang akan
08:58menukar ataupun mengubah pendiran mereka dari segi tinjauan rating yang sedia ada.
09:04Buat masa ini masih lagi stabil tapi kalau mula goyah dia akan mula berubah kepada negatif
09:09dan maksudnya kalau berubahnya itu kepada negatif dia menunjukkan bahawa
09:12kemungkinan untuk berlakunya rating downgrade itu semakin tinggi.
09:16Kalau itu berlaku itu akan beri kesan kepada pelabur pula.
09:19Jadi kesan rantaiannya pula mungkin akan berlaku penjualan aset yang dipegang oleh pelabur asing
09:25yang akan beri kesan kepada pasaran modal dan akhirnya kepada nilai ringgit Malaysia pula.
09:30Jadi ada kesan rantaian yang akan berlaku sekiranya dasar fiskal itu tidak ditakbir dengan baik
09:38tidak ditakbir dengan secara bertanggungjawab dan di sini saya kira menuntut kebijaksanaan
09:44pihak Kementerian Keuangan dalam mengendalikan kedudukan keuangan kerajaan
09:49pada masa sama menunjukkan ataupun demonstrate yang kerajaan madani ini
09:55begitu mempunyai iltizam yang tinggi untuk memastikan kedudukan fiskal itu
10:00tidak dikorbankan dalam masa jika pendek ini.
10:06Akhir sekali Doktor, apa antara komitmen paling penting yang perlu ditujukan
10:11dalam Belanjawan 2027 sehingga mengikut keadaan ekonomi semasa pada ketika ini
10:16agar kerajaan boleh terus membantu rakyat tanpa membayar kos minjaman yang lebih mahal?
10:22Bagi saya, subsidi itu merupakan orang kata itu low hanging fruit lah.
10:27Maksudnya mungkin sudah tiba masanya subsidi yang lebih bersasar perlu diperkenalkan
10:33dan kita telah pun menggunakan sistem MyCard yang berjaya
10:36orang kata itu memberi satu impak yang tinggi ataupun memberi satu ketepatan
10:44dari segi golongan sasaran.
10:46Jadi mungkin next step adalah menyiasarkan mengikut pendapatan pula.
10:51Mungkin sudah tiba masanya itu dilakukan kerana harga bahan api masih tinggi.
10:55kita tak tahu harga $100 ini adakah ia akan berkekalan, adakah ia akan terus meningkat
11:00dan sudah pasti kos subjek akan meningkat.
11:04Bagaimana pula perbelanjaan untuk sektor-sektor yang lain seperti pendidikan,
11:07kesihatan yang juga menuntut fokus dan suatu bentuk kewajaran lah
11:12dari segi peruntukannya itu.
11:14Jadi saya kira itu yang boleh kita harapkan pada Belanjawan 2027 nanti.
11:18Belanjawan 2027 sudah tentu perlu memastikan bantuan sampai kepada rakyat
11:22sambil menjaga keyakinan terhadap kewangan negara.
11:25Dan jika keyakinan itu terhakis, kos pinjaman boleh meningkat
11:28dan ruang untuk menjaga kebajikan rakyat boleh mengecil.
11:31Sebab itu apa yang telah dibincangkan secara keseluruhan,
11:34kejayaan belanjawan harus diukur melalui kemampuannya
11:37meringankan beban hari ini dan membina keupayaan rakyat untuk hari esok.
11:40Saya nak cakapkan terima kasih kepada Ketua Ekonomi Bank Mohamadad Malaysia Berhad,
11:44Dr. Mohd Al-Zanizam Abdul Rashid,
11:46atas perkongsian sebentar tadi.
Comments

Recommended